Header Ads

ads header

Flash News

PAS kena fikir jelas-jelas, belajar kegagalan, kami serius nak perkukuhkan MN, kami akan berikan PAS 18 kerusi aje -- Zahid Hamidi



...DAN KAWASAN PAS YANG KUAT MISAL DITERENGGANU, KELANTAN DAN KEDAH KITA TAK PAYAH ADAKAN MN KITA LAWAN.

...

Umno serius memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN), tegas Presidennya Ahmad Zahid Hamidi mengulas status gabungan itu selepas PAU 2020.

"Justeru, saya berharap rakan politik Umno dalam Muafakat Nasional berfikirlah sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan Muafakat Nasional yang asli.

"Belajarlah daripada kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan genuine (ikhlas)," katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

Ahmad Zahid pada hantaran sama juga menyertakan pautan laporan berita bertarikh 5 April 2019 yang memetik Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kemungkinan muafakat PAS dan Umno boleh memenangi 132 kerusi parlimen.

Untuk rekod, pakatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) disertai PAS, parti serpihan Umno Semangat 46, Berjasa, Hamim dan Kongres Muslim India Malaysia (Kimma) sebelum PRU tahun 1990.

Kimma meninggalkan gabungan itu sebelum pilihan raya umum pada 1995. Secara rasmi APU bubar selepas PRU10.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata sejak Piagam Muafakat Nasional dimeterai pada 14 September 2019 pelbagai kejayaan dilakar bersama PAS dan Umno.

"Kemenangan banyak pilihan raya kecil (PRK) dan bersama memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Pun begitu, Zahid membangkitkan mengenai "Muafakat Nasional yang sebenar" yang telah meraih keyakinan rakyat tetapi kini sudah berubah hati.

"Mereka (rakyat) percaya kepada Muafakat Nasional yang itu, bukan yang ini.

"Kerana sinergi yang terbentuk antara Umno dan rakan partinya dalam sebuah gabungan penuh tulus ikhlas," katanya lagi.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu dipercayai merujuk perkembangan politik PAS di persada tanah air susulan Langkah Sheraton yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Ini berikutan PAS kemudiannya menyertai gabungan politik PN dan dalam masa yang sama masih mengekalkan hubungannya dengan MN.

Umno pada PAU 2020 mempertegas pendiriannya untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik PRU15 bermula.

Semalam, Bersatu dan PAS dalam satu kenyataan bersama menegaskan akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS dan Bersatu, Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainudin.

Untuk rekod, sebelum ini, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain dilaporkan berkata kerjasama APU tidak dapat bertahan lama kerana sikap saling mempercayai hilang antara dua parti tunjang Semangat 46 dan PAS.

Menurut felo penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) itu, Semangat 46 mendakwa kerjasama politik APU berat sebelah apabila PAS mendominasi dan mementingkan diri sendiri.

PAS pula, katanya mendakwa Semangat 46 tidak jujur dalam kerjasama politik dan masih gagal memahami perjuangan parti itu menegakkan Islam.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Pas berniat untuk menjadi jambatan antara MN dan PN dan dalam masa yang Pas sendiri perlu ada pendirian tertentu sebagai sebuah parti, Islam perlu memimpin. Bila berdepan situasi PN lawan MN apa strategi Pas? Bila Pas akan mengambil pendirian tentang Umno nak bertanding di kawasan Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Saya ibaratkan Umno dan bersatu sudah hilang arah, oleh itu Pas perlu jelas apa keputusan, mekanisma bagi persoalan tersebut

    BalasPadam
  2. umno dh pening.
    sbb presiden xde hala tuju.
    kat sabah ade kerjasama dgn ppbm.
    kat semenanjung putus hubungan dgn ppbm.
    kat terengganu nk lawan semua kerusi pas.
    negeri lain nak kerjasama dgn pas.
    fenin2.

    BalasPadam