Header Ads

ads header

Flash News

Pihak luar jangan sibuk urusan dalaman PH, Setpol MB Selangor jawab kumpulan pro Anwar


PETALING JAYA
: Pihak luar termasuk penyokong pembangkang tidak perlu campur tangan urusan dalaman Pakatan Harapan (PH) berhubung soal pemilihan calon kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan antara parti komponen gabungan itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, soal pemilihan calon adalah urusan pucuk pimpinan dan sebarang campur tangan pihak luar perlu ditolak.

“PH sedang berdepan pelbagai ujian dan serangan. Tidak seharusnya ‘pihak luar’ campur tangan dalam proses membuat keputusan dalaman parti apatah lagi soal calon,” katanya kepada FMT.

Juwairiya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, mendesak parti dalam komponen PH khususnya PKR mengambil tindakan kepada penyokong dan ahli yang cuba memecahbelahkan parti serta menyerang pemimpin.

“Parti harus ambil tindakan terhadap anggota yang terlibat dengan aktiviti atau gerakan yang boleh memecahbelahkan parti serta menyerang pimpinan parti. Perkara ini tidak harus dibiarkan kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas desakan kumpulan pro Anwar, dikenali Gerakan Reformasi 98 atau Gerak98 dan Otai Reformis supaya Menteri Besar, Amirudin Shari dan 8 ADUN Selangor yang didakwa menyokong Mohamed Azmin Ali tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Gerak98, Mohamad Ezam Md Nor, berkata ini bagi memberi laluan kepada muka baharu dan menunjukkan mereka betul-betul memperjuangkan semangat reformis.

Mengulas lanjut, Juwairiya berkata, kumpulan penyokong pembangkang termasuk Gerak98 dan Otai Reformis sepatutnya menjadi penggerak memperkukuhkan kekuatan PH, bukannya mengeruhkan lagi keadaan.

“Mereka tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat tuduhan tidak berasas yang akhirnya memecahbelahkan parti.

“Kepimpinan Amirudin sebagai menteri besar termasuk wakil rakyat yang setia kepada parti harus didokong kerana mereka bukannya pengkhianat,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pro anwar dalam PKR, perlu bagi muka untuk pimpin PKR, JGN ADA BAYANGAN KELUARGA ANWAR dlam pkr klu nak menang.

    BalasPadam