Header Ads

ads header

Flash News

PN Selangor runding lantik 18 penyelaras Parlimen



KUALA SELANGOR -
Perikanan Nasional (PN) Selangor mengadakan rundingan bersama parti komponen untuk melantik 18 penyelaras Parlimen di kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan satu kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, rundingan membabitkan Bersatu, Pas dan Gerakan itu dijadualkan berlangsung pada Ahad.

Menurutnya, tiga rakan komponen PN itu akan berbincang untuk melantik penyelaras Parlimen yang bertanggungjawab mewakili kerajaan PN yang berfungsi sama seperti ahli Parlimen.

"Malam esok saya akan mewakili Bersatu dan kita akan adakan mesyuarat (bersama Pas dan Gerakan) untuk menentukan pelantikan penyelaras Parlimen.

"Maka tidak lama lagi penyelaras Parlimen akan dilantik di kawasan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Khidmat Komuniti (PKK) Bersatu Bahagian Kuala Selangor dan Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan D'Manis di Pekarangan PKK Bersatu Bahagian Kuala Selangor pada Sabtu.

Abdul Rashid berkata, pelantikan penyelaras Parlimen PN di dalam negeri pembangkang juga diharap dapat menggerakkan dan menyatupadukan keseluruhan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap Parlimen bagi menghadapi PRU-15.

"Kita tidak boleh biarkan Selangor di bawah PH kerana apa-apa polisi kerajaan negeri menjadi tentangan kepada kerajaan Persekutuan," katanya.

Ditanya tentang pembahagian penyelaras Parlimen membabitkan tiga komponen PN di negeri itu, Abdul Rashid berkata, perkara itu masih dalam peringkat rundingan.

"Setakat ini kita masih dalam peringkat perbincangan dan belum lagi membuat keputusan peringkat akhir," katanya.

MR : PN makin bergerak kehadapan, BN/UMNO makin berpecah, celaru dan mundur

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Parti Gerakan tak payah la...tak signifikan pun...sudah2 la nak ambik hati, nak jaga cina tak kenang budi ni.

    BalasPadam