Header Ads

ads header

Flash News

Rasuah zaman BN dan PH kini diselesaikan oleh SPRM zaman PN


Pengawai kerajaan yang bertugas menguatkuasa akan menjadi lebih efiesien jika sebuah kerajaan yang telus dan beretika demi menjaga kepentingan rakyat. Tahniah PAS bersama dengan kerajaan PN begi menjamin keutuhan kerajaan yang beretika. Kita lihat sejak akhir-akhir ini SPRM banyak membuat kerja-kerja pembersihan berkaitan RASUAH dibawah kerajaan PN

-----

Sani Khan yang juga bekas pengurs perolehan PAIP ketika didakwa dengan 22 pertuduhan pada awal tahun lalu. Gambar media sosial.

Semua itu upah kepada tertuduh membantu sebuah sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Tertuduh yang merupakan bekas pengurus perolehan PAIP bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Sani Khan Ali Khan, 46, dihadapkan enam tuduhan menerima rasuah berjumlah RM160,000 dan sebuah kereta Mazda CX-5.

Pengakuan tertuduh yang beralamat di Sungai Isap direkodkan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zin.

Sani Khan didakwa melakukan kesalahan itu antara 2014 dan Disember 2018 di sekitar Kuantan.

Perbuatan itu berlaku termasuk di pejabat PAIP, sebuah restoran di Indera Mahkota dan sebuah premis perniagaan yang didakwa sebagai upah untuk dia membantu sebuah syarikat mendapatkan kerja membekal dan menghantar barangan kepada PAIP.

Suapan itu didakwa diperoleh menerusi wang tunai dengan nilai antara RM30,000 dan RM114,930 yang dimasukkan ke akaun sebuah syarikat berkaitan tertuduh atau selain didakwa bersetuju menerima suapan 50 peratus hasil keuntungan yang diperoleh syarikat dibantunya daripada kerja-kerja melibatkan PAIP.

Memetik laporan BERNAMA, bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa menerima sebuah kereta Mazda CX-5 bernilai RM154,399.70 yang diketahuinya mempunyai hubungan rasmi dengan dirinya yang gagal dilaporkan kepada SPRM pada 9 Mac 2016.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Mohd Najib Hussain memohon mahkamah mengurangkan jaminan RM50,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Baca artikel berkaitan: Hidup sederhana jauhi rasuah, seru IGP pada warga PDRM

Ini atas alasan tertuduh tidak dapat mengumpulkan wang yang banyak selain telah didakwa atas 22 pertuduhan rasuah sebelum ini.

“Tertuduh menyara seroang ibu, isteri dan tiga anak. Akaun banknya telah dibekukan oleh SPRM yang menambah kesukaran untuk tertuduh membayar jika jaminan tinggi dikenakan. Anak guam saya juga bersedia untuk bekerjasama dan berjanji akan menghadiri setiap prosiding,” katanya.

Ahmad Zamzani membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang pejamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan serta menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mei ini.

MR : Kehadiran PAS walaupun nampak kecil tetapi mendorong kepada integriti kerajaan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Terbaik kjaan PN. Nk harapkan kes rasuah, kes rogol hanya dibiarkan aje dlm zaman PH.

    BalasPadam
  2. PAS masih tenang dalam kekalutan parti lain.PAS istiqamah tidak campur tangan tugas penjawat awam.Ini akan memudahkan pentadbiran,bukan sibuk campur urusan kaki tangan kerajaan. SPRM atau mahkamah dan badan penguasa lain bebas laksanakan tugas,tidak lagi tertekan dengan arahan politik.Malaysia menuju landasan yang betul.Yang salah tangkap dan hukum tanpa mengira ahli politik mana.

    BalasPadam