Header Ads

ads header

Flash News

Sukarkah Memahami?


Zahid dah umum dalam PAU tentang sikap UMNO. Tajudin siap bagi warning kepada PAS. Namun pendirian PAS JELAS...

PERKASA MN PERTAHAN PN.

Bagi yang memikirkan pangkat dan kuasa, mereka KEKAL KELIRU walau ternyata jelas pendirian itu. Malah mungkin dalam PAS ada yg cenderung UMNO atau Bersatu. Namun pendirian ini adalah pendirian RASMI PAS. WAJIB didokong oleh semua kepimpinan dan ahli.

Mungkin yang cenderung menyusun strategi sendiri agar kelompok kecenderungan mereka menguasai namun di peringkat ahli yang setia dan memahami kekal bersama pendirian ini.

Malam tadi terbukti PAS TEGUH DENGAN PENDIRIAN INI. Di Perak, PAS dan Bersatu berhimpun mengukuhkan ukhuwwah dan strategi. Malah dalam pertemuan itu SEPAKAT kedua pimpinan utama negeri, YB Razman dan DS Faizal mengulang ikrar PERKASA MN PERTAHAN PN .

Di Kuala Lumpur PAS Pusat bertemu dengan UMNO pusat bagi memperkasakan MN. Berbincang bagi mencari solusi, mengukuhkan yang longgar, merungkai yang kusut.

Berulangkali PAS di tuduh bermain dua kolam. PAS ulangi.. PAS mahu menyatukan semua kolam islam dan melayu malah menyambung kolam yang tenang dan tidak keruh kalangan bukan melayu.
Pelik..? Memang pelik bagi mereka tidak tahu apa aspirasi perjuangan PAS. Memang janggal bagi mereka yang melihat politik untuk kuasa dan kepentingan peribadi, bukan islah dan menjulang perjuangan nabi.

Sukar..? Memang sukar bagi membetulkan kefahaman dan kekeliruan. Membetulkan pandangan politik untuk peluang kuasa dan kemewahan kepada politik untuk perjuangkan keadilan dan amanah alQuran.
Sejak bila PAS tidak lalui jalan sukar..? Sejak lahir hingga kini PAS lalui jalan sukar. PAS memikul tuduhan pemecah belah sejak awal sekalipun ternyata PAS adalah parti yang menjadi penghubung serpihan di barisan pembangkang.

PAS difitnah membawa ajaran sesat dan ekstrem sekalipun PAS sentiasa berhujjah dengan alQuran dan sunnah. PAS menenangkan ahlinya agar istiqamah memilih jalan damai sekalipun berbagai peristiwa seperti Memali dan lubuk Merbau, pemimpin di kapak dan dilanggar lari yang kekal misteri. Usah ditanya pimpinan dan ahli yang dizalimi dalam tahanan ISA.

PAS memilih melupakan segala luka biarpun parut itu jelas terpamer di mata mereka yang menorehnya. PAS tidak berpura menyatakan ia luka kecil untuk memburu kuasa, tetapi PAS akui sakitnya namun memafkan demi menyatukan ummah dan pertahankan agama dan negara dari ternoda.

Masih belum kenalkah lagi kalian tentang PAS? Dampingilah, kenali dan fahami dari pandangan dan pengalaman sendiri. Jangan jadi sibuta membuang durian kerana terkena duri.

Mengapa PAS memilih semua ini? Kerana inilah jalan perjuangan nabi. Kerana dasar PAS adalah alquran dan sunnah. Matlamat PAS mendirikan daulah yang tertegak keadilan dengan Islam anugerah Allah..

Kita mahu kolam itu jadi tempat berwudhuk untuk kita dirikan solat jamaah.. Airnya mampu menghilang dahaga dan menyuci noda rasuah dan kezaliman. Tak cukup satu atau dua kolam...

Ustaz Fairuz Hafiizh Othman
FHOAS
080421
IPOH




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Yang gila kuasa, yang guna kuasa utk bolot harta negara, golongan ni memang tak nak faham.

    BalasPadam
  2. 1. Masa Dr. M dipecat dari UMNO oleh Tunku Abd. Rahman, PAS tawarkan pentas kpd Dr. M. Bila jadi PM...dia titik dan tindas PAS cukup2.

    2. Masa UMNO lemah lepas 13 Mei, PAS terima pelawaan Tun Razak utk bersama Parti Perikatan selamatkan Malaysia. Bila dah kuat, UMNO khianati PAS dan jatuhkan kerajaan PAS Kelantan tahun 1978.

    3. Masa Tengku Razali kalah pertandingan Presiden UMNO dan tubuh S46, Ku Li tak ada kawan. PAS tawarkan diri berkawan tapi bila S46 dah rasa
    hebat
    , S46 khianati kerajaan PAS Kelantan hingga PAS bertahan dg 1 kerusi majoriti dan hari ini Ku Li menghina PAS.

    4. Masa DSAI dipecat Dr. M, PAS beri pentas kpd DSAI dan usung DSAI jelajah negara. Tapi apa balasannya? PAS difitnah terima RM90 juta dari UMNO.

    5. Masa DSAI dihukum kerana meliwat, TGHH tulis buku Qazaf bela DSAI. Sebaik DSAI keluar penjara apa dia sebut? "Kita akan rampas Kelantan dan Terengganu dari PAS."

    6. PAS cdg Azmin Ali jadi MB Selangor. Bila dilantik apa Azmin buat? Kurangkan EXCO PAS dari 4 kpd 3 dan serang PAS di PRK Sg. Besar dan tahan peruntukan ADUN PAS.

    7. Masa DAP perlukan kawan, PAS bantu utk menang di Perak dan Selangor. Lepas menang DAP khianati PAS dg mewujudkan PAN.

    8. Masa UMNO hilang kerajaan selepas PRU 14, PAS tolong UMNO dlm 10 PRK. Apa pimpinan teringgi UMNO buat sekarang?

    9. Masa DSN dihukum penjara, PAS ziarah DSN dan beri semangat utk merayu ke Mahkamah Rayuan. Apa DSN buat kpd PAS hari ini?

    PAS terus gagah dan tetap pertahankan hubungan dg MN dan PN. Itulah PAS. Tetap istiqamah membina persahabatan walaupun kerap dikhianati kerana PAS berusaha menambah kawan membina perpaduan.

    BalasPadam
  3. Umno ego teruskan ke lubang kubur.UMNo terus berpecah dalam kalangan tua bangka lapar kuasa dan harta.Menuju jalan mati.teruskan berpecah.Selagi PAS tidak mungkar dan ikuti suruhan Allah, maka selagi itu PAS akan dibantu Allah.Teruskan umno kepada perpecahan

    BalasPadam