Header Ads

ads header

Flash News

UMNO tak kisah bergabung


PETALING JAYA:
UMNO boleh bergabung dengan mana-mana parti politik untuk mencapai majo­riti mudah membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selain bergabung dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas, UMNO juga tiada masalah memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebarang keputusan yang menuntut UMNO bergabung hanya boleh ditentukan selepas PRU-15.

“Saya setuju dengan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman. Kalau UMNO menang 80 kerusi pun sudah cukup. Sebab boleh runding (bergabung) dengan parti lain.

“Macam parti ‘bunga’ pun, sebelum ini be­kerjasama dengan DAP dan PKR. Apa pasal pula sekarang UMNO tidak boleh? Asalkan mereka menyokong perjuangan UMNO, kita boleh sahaja bergabung. Tidak kisah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Senada dengan beliau, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan PAU 2020 amat jelas namun beliau tidak menolak kerjasama dengan parti lain selepas PRU-15 kerana menang 80 kerusi sahaja tidak dapat membentuk kerajaan yang kukuh, stabil dan meyakinkan.

Sementara itu, Naib Presiden Warisan Sabah (Warisan), Datuk Junz Wong enggan mengulas tentang kerjasama dengan UMNO sehinggalah PRU-15 membuktikan keadaan sebenar.

“Jika menang 80 (kerusi) baru kita cerita. Politik adalah dinamik,” katanya.- UTUSAN ONLINE





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Nazri nk menyelewengkan prinsip perjuangan umno yg sebenar dgn tdk mbela lg bangsa melayu, agama dan negara. Akar umbi umno jika benar2 berpegang teguh dgn ajaran islam nk ikut cakap pemimpin jahil agama mcm zari lg ke? Akar umbi jangan myokong mbabi buta lg kpd umno yg tlh mjual tanah rezab melayu hgga tggal 12% aje lg selama 62 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa dalang disebalik penjualan tanah rezab melayu tu? cina la jawapannya,,merasuah org2 melayu,,oleh kerana melayu umno yg memerintah,,maka mereka la mangsa mainan rasuah cina...dihina mcm2, padahal cina yg merasuah...bila dah buruk umno,,nak suruh sokong babi cina pulak ka? habis harta2 dan aset2 melayu yg umno bina di jual,contoh aset2 thaji seperti hotel2, abak syarikat dll. sudahlah2 ,,kembali kpd penyatuan melayu,,elak memburukkan bangsa sendiri,,jgn jadi melayu bangang yg hanya nampak buruk melayu,,dan hanya nampak baik cina...

      Padam
    2. umNO spt bank UMBC...untung Melayu bagi Cina

      Padam
  2. jika UMNO tidak terlingkup pru 14...pemimpin mereka bebas TANPA DAKWAAN salah guna kuasa rasuah kroni nepotisme BOLEH WUJUD PELBAGAI SYARIKAT...LHDN pun tutup mata kekayaan mereka..rakyat bawahan gaji ciput yg dkejar sampai lubang cacing wpun dah pencen atau DALAM KUBUR...target LHDN utk gandaan BONUS GAJI MEREKA..KETUA CWGN umno PUN NGALAHKAN yb/MP boleh rasmi majlis sana sini...kemudian dapat gelaran Dato ENTAH apa2.

    BalasPadam
  3. selagi umno ada jenis pemimpin spt nazri, zahid, najib, mat hasan, ku nan, mat maslan,papa gomo, pemimpin2 korup sebagainya jangan mimpi lagi utk menjadi kerajaan....semoga umat melayu Islam berubah, bersatu spt kerajaan yg ada hari ini supaya dikekal, diteruskan demi umat melayu Islam...
    usah lagi diperdaya oleh anuar ibrahim, PH, PKR, Dap yg terang2 menghancurkan umat melayu Islam hari ini...

    BalasPadam