Header Ads

ads header

Flash News

Wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan jika 15 kerusi lompat - Ahmad Maslan kritik PAS




Sekiranya PAS mahu mempertikaikan hubungan keruh antara Umno dan Bersatu, maka PAS perlu membayangkan dirinya berada dalam situasi sama dengan parti Amanah, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Selain membangkitkan bagaimana Bersatu merupakan parti serpihan yang membawa pergi 15 kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, dakwa Ahmad, Bersatu juga mencuri ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi.

Malah, dia sendiri sebagai setiausaha agung, kata Ahmad, terpaksa menandatangani surat pemecatan ramai ahli Umno kerana mereka menyertai Bersatu.

“Inilah antara sebab Umno dan Bersatu tak boleh nak ngam (serasi).

“Kalau PAS kata, apa benda ni? (bergaduh). Saya nak bagitahu kepada PAS, wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan kalau daripada 18 kerusi itu, katalah 15 kerusi melompat kepada Amanah.

“Lepas itu kita nak paksa PAS yang tinggal beberapa kerusi itu baik dengan Amanah. Boleh ke,” soalnya pada sesi wawancara siaran langsung Terus Terang disiarkan Umno Online, malam tadi.

Untuk rekod, Amanah merupakan parti serpihan PAS yang menjadi komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).



Selepas keluar PH, Bersatu bekerjasama antaranya dengan Umno, PAS dan kumpulan ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.

Ini menyebabkan pentadbiran PH runtuh pada Februari tahun lalu, lalu jajaran politik baru itu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum Langkah Sheraton, PAS dan Umno bekerjasama erat bawah gabungan Muafakat Nasional, yang dikatakan faktor membantu mereka menang tujuh pilihan raya kecil (PRK).

Meskipun merupakan rakan sekutu, hubungan Umno dan Bersatu tegang sejak awal pentadbiran PN, antaranya kerana isu agihan jawatan dalam kabinet perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan lalu, Umno memuktamadkan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU15 nanti, meskipun keputusan itu ditentang sebahagian tokoh Umno.

Pun begitu, PAS pula masih berharap dapat bekerjasama dengan Umno dan Bersatu dalam PRU15 bagi mematikan gabungan mereka menang besar.

Pada PRU14, PAS hanya menang 18 kerusi dari 158 kerusi parlimen yang ditandinginya.

Umno pula memenangi 54 daripada 121 kerusi yang ditandinginya (BN secara keseluruhan menang 79 kerusi), menjadikannya parti tunggal yang menang kerusi terbanyak dalam PRU14.

Selepas PRU14, Umno mula hilang banyak kerusi rentetan adegan lompat parti, dengan 15 dari kerusinya bertukar tangan kepada Bersatu. Umno kini tinggal 38 kerusi parlimen.

MR : UMNO yang paksa PAS buat keputusan, bila PAS buat keputusan UMNO pula marah, Habis nak minta PAS ikut punggung UMNO ke? walaupun UMNO masuk lubang najib?





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. UMNO kerajaan + PPBM kerajaan
    PAS kerajaan + PAN pembangkang
    Perbandingan x tepat. Betul lah tindakan PAS nak satukan parti kerajaan dengan parti kerajaan.

    BalasPadam
  2. Hai PAS yang 18 kerusi...konon...PAN terbentuk kerana parasit dalam PAS dah tukar kiblat, sokong dan dapat dedak DAP. Bunga pulak keluar sebab Umno, presidennya sendiri dan MKT GAGAL meyakinkan rakyat malah ahli sendiri dalam isu 1MDB. Bersalah atau tak belum pasti, namun kluster mahkamah dan ramai lagi dinosaur dalam umno bukan suci pun. Yang undi PH dalam PRU 14 pun ahli umno sendiri, salah ketuanya bukan orang lain. Ni nak salahkan PAS pulak...muhasabah ( ie buat analisis) sikit memang hampeh la umno ni

    BalasPadam
  3. Nampak mcm serupa tapi tak serupa kejadian yg dibandingkan sbb alasan keluar/lompat yg berbeza..ahli PAS lompat dari PAS ke Amanah bkn sbb pemimpin PAS tak bersih, korup, menyeleweng, skandal dan gila kuasa..ahli Umno lompat ke Bersatu sbb pemimpin Umno tak bersih, menyeleweng, korup, skandal dan gila kuasa..

    BalasPadam
  4. kesihan kepada ahmad sorang ni.......

    BalasPadam
  5. Syarat sokong UMNO ialah Bodoh. Ada Umno ada Bodoh.Angkuh dan sombong,rasa UMNO tak akan tewas,rasa UMNO akan kuat selamanya,Rasa UMNO perlu jadi abng besar.Inilah bongkak UMNO yang kian dibenci.Tak nk berubah,alamat nak masuk lubang kubur dah

    BalasPadam
  6. casino 2020 : How much can I win on jackpot slots?
    How much can I win on jackpot slots? · Slot 하남 출장샵 machine games · Slot machine 안동 출장마사지 bonuses · 경상북도 출장안마 Mobile jackpots · Mobile jackpots · Mobile 순천 출장안마 jackpots · Mobile 인천광역 출장샵 jackpots · Mobile slots

    BalasPadam