Header Ads

ads header

Flash News

Yuslaini buat laporan polis ekoran tiada permohonan maaf dari PKR Terengganu


Ketua Wanita Muda AMK Terengganu , Yuslaini Azmi telah menuntut kenyataan maaf dari Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Terengganu, Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif diatas satu kenyataan dikeluarkan yang mendakwa beliau di tahan di bawah Akta Hasutan atau berdepan tindakan undang undang.

Menurut Yuslaini, beliau adalah seorang pengadu bagi menyiasat kes gangguan seksual di bawah Akta 354 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, walaupun pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu saudara Wan Muhamad Haikal telah memperbetulkan kenyataan MPN Terengganu namun sehingga hari ini tiada seorangpun daripada ahli pimpinan MPN Terengganu ingin memperbetulkan kenyataan mereka yang cuba memberi imej dan persepsi buruk pada diri beliau.

Kenyataan media yang dibuat MPN Terengganu seolah-olah tidak mengakui Yuslaini mangsa didakwa yang dicabul ADUN itu salah seorang ahli pimpinan sayap AMK walaupun telah banyak program dan kenyataan media telah dikeluarkan sebelum ini.

Menurutnya, beliau kesal kerana walaupun berada dalam satu “kapal” yang sama, tindakan MPN Terengganu memfitnah diri beliau telah memberi kesan buruk pada dirinya dari sudut psikologi.

Satu notis saman malu kerana memfitnah akan dikeluarkan kerana mendakwa beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

“Tempoh masa 3 hari sudah berlalu jadi saya sudah memulakan tindakan undang-undang atas fitnah secara jelas yang sengaja ingin menjejaskan imej dan reputasi saya. Sekian terima kasih.” Tulis Yuslaini dalam facebooknya semalam.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. kluar je la dr parti sampah tu.

    BalasPadam
  2. Apa2 pun lawan tetap lawan. Peduli apa.

    BalasPadam