Header Ads

ads header

Flash News

Zahid/UMNO jadi kuda tunggangan Anwar (baca PH) untuk runtuhkan kekuatan PN



Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka pada pilihan raya akan datang.

Gabungan itu - yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah - juga memutuskan terbuka untuk "rundingan" dan "kerjasama" dengan mana-mana kumpulan.

Bagaimanapun, gabungan itu menjelaskan keterlibatan ini perlu berpaksikan kepada agenda reformasi PH dan demi kepentingan umum.

Ini adalah antara keputusan yang dibuat oleh pemimpin gabungan berkenaan semasa permukiman dua hari di Port Dickson, Negeri Sembilan yang bermula semalam.

Keputusan itu dinyatakan dalam kenyataan bertajuk Ketetapan Port Dickson.

Masalah utama kepada PH ialah jika UMNO-PAS-BERSATU bekerjasama PH tak boleh jatuhkan kerajaan atau gabungan ini.

Api perkauman UMNO dengan BERSATU ditiup tapi masih ramai lagi pimpinan UMNO masih bersifat rasional dan meelihat penyatuan ummah Melayu Islam dan menepikan perbezaan dan perbalahan. Jadi racun kepada ahli UMNO bahawa BERSATU musuh mereka tidak menjadi.

Satu cara ialah pecahkan UMNO, bila UMNO pecah, kekuatan PN melalui MN antara UMNO-BERSATU-PAS akan menjadi lemah.

Satu caranya ialah pendedahan rakaman audio ANWAR-ZAHID

Rakaman itu boleh dibuat dengan baik jika menggunakan application terkini yang tersedia pada smartphone yang canggih era kini. Paling mudah kita kesan ialah suara akan lebih jelas kedengaran daripada telefon yang menjadi source rakaman. Satu lagi rakaman bermula daripada salam pertama, pemberi salam biasa dirakam daripada telefon kepunyaan yang memberikan salam.

Soalanya kenapa rakaman ini terdedah?

Rakaman terdedah bukan lain hanya nak pecahkan UMNO. Jika UMNO pecah kekuatan UMNO menjadi lemah. Kelemahan UMNO juga sedikit sebanyak mempengaruhi kekuatan PN.

Oleh itu peluang PH melalaui PKR, DAP dan AMANAH makin cerah.

Apa yang kita boleh sebut ZAHID telah dibodohkan oleh UMNO.
Kalau Najib persoalkan UMNO 3.0 kenapa nak berikan PM kepada orang lain
Sepatutnya Najib kena jawab kenapa Presiden UMNO mengikut telunjur parti lain?

Nasir Ramlee



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Casino at Harrah's Reno - MapyRO
    Find out how 파주 출장마사지 many Harrah's 춘천 출장안마 Reno Casino hotels are in 경상남도 출장샵 Harrah's Reno, NV. 오산 출장샵 Harrah's Reno Hotel and Casino 평택 출장안마 was established in 1946 and operated by the Harrah's in Reno,

    BalasPadam