Header Ads

ads header

Flash News

Zawawi lepas jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd


PASIR PUTEH -
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara rasminya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, syarikat milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkuat kuasa serta-merta.

Zawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh mengumumkan perkara itu dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Dewan Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, di sini pada malam Rabu.

Beliau berkata, surat rasmi berkaitan peletakan jawatan itu akan diuruskan dalam masa terdekat.

"Saya berharap anggota parti yang masih lagi memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau kepentingan supaya segera berbuat demikian," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu selari dengan apa yang telah diputuskan oleh parti pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 minggu lalu iaitu memutuskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Pasir Puteh itu dilantik sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, pada 26 Oktober tahun lepas.

Sebelum ini Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob menjadi individu pertama melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Machang itu berkuat kuasa 6 Januari 2021.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. MT dah bagi arahan ke belum? Memang tak layak pegang jawatan pun pun kalu resolusi yg simple pun tak faham

    BalasPadam