Header Ads

ads header

Flash News

Ahmad Jazlan berdaleh kononnya Kuli rasa bersalah menutup retak dalam UMNO Kelantan


PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mungkin dihantui rasa bersalah kerana menyebabkan Umno Kelantan jatuh sejak 32 tahun lalu hingga mengakibatkan beliau mengambil keputusan mengetuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata tindakan Tengku Razaleigh yang lebih sinonim dipanggil Ku Li itu mungkin ingin menebus rasa bersalah yang dilakukan terhadap Umno pada 1988.

“Bagi saya jelas, apa peristiwa besar berlaku pada ketika itu, peristiwa malang bagi Umno Kelantan kerana perpecahan dalaman parti kerana PAS bergabung Semangat 46, Umno jatuh di Kelantan sehingga hari ini dan masih lagi berikhtiar untuk cari kemenangan.

“Barangkali Ku Li merasakan, menjatuhkan Umno di Kelantan ketika itu satu kesilapan besar,” katanya ketika dihubungi FMT.

Untuk rekod, Ku Li merupakan tokoh politik dari Kelantan yang pernah mengasaskan Parti Melayu Semangat 46 pada 1988 sebelum menyertai semula Umno pada 1996.

Sejak pilihan raya umum 1990, Kelantan berada di bawah pentadbiran PAS selama lebih tiga dekad.

Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Macang turut menyeru rakan-rakannya yang berada dalam Umno supaya belajar daripada kesilapan.

“Generasi Umno Kelantan termasuk saya terpaksa mewarisi legasi perebutan jawatan dalam parti yang sepatutnya jadi iktibar kepada generasi akan datang. Inilah akibatnya kalau kita sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan jawatan,” kesalnya.

Ahmad Jazlan berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah Tengku Razaleigh yang mengetuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dan membuka ruang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan Kelantan.

Media sebelum ini melaporkan, satu pertemuan dan perbincangan awal di antara ahli Parlimen Gua Musang itu dengan pimpinan Amanah negeri sudah diadakan di Kota Bharu.

Difahamkan, pertemuan itu disusuli dengan program berbuka puasa bersama, baru-baru ini.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Hussin, bekas pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pihaknya belum mengambil sebarang tindakan terhadap veteran Umno itu.

“Kita menunggu laporan lengkap daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan. Setakat ini, belum ada apa-apa tindakan akan diambil,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan