Header Ads

ads header

Flash News

FDA Mahu Haramkan Rokok Mentol


WASHINGTON
– Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) kelmarin mencadangkan peraturan untuk mengharamkan rokok mentol dan cerut berperisa, lapor stesen penyiaran CNN.

“Berdasarkan pertimbangan teliti bukti saintifik dan undang-undang di bawah Akta Kawalan Tembakau, kami memutuskan bahawa tindakan ini adalah wajar untuk melindungi kesihatan awam

“Cadangan piawan produk ini antara lain akan meningkatkan kesihatan dan mengurangkan risiko kematian perokok mentol atau cerut berperisa dengan mengurangkan penggunaannya secara ketara dan meningkatkan kemungkinan untuk berhenti merokok,’’ kata Pesuruhjaya FDA, Dr. Robert Califf kepada jawatankuasa kecil Senat.

Tambah Califf, usul tersebut adalah satu lagi langkah penting dalam usaha agensi itu untuk memerangi penggunaan tembakau oleh belia dan mempromosikan kesihatan. Cadangan tersebut boleh memberi impak besar kepada kesihatan awam, kata pakar-pakar kesihatan.

“Saya mahu menekankan aspek penting cadangan ini. Peraturan ini akan memberi impak besar untuk menghalang anak-anak muda daripada mula menggunakan tembakau dan menyelamatkan nyawa orang ramai terutamanya daripada pelbagai latar belakang,’’ kata penolong naib presiden advokasi kebangsaan untuk Persatuan Paru-paru AS, Erika Sward.

Mentol adalah isu ekuiti yang dipertimbangkan oleh FDA selama lebih satu dekad. Ia adalah rokok berperisa istimewa terakhir dibenarkan di AS.

Akta Kawalan Tembakau 2009 telah mengharamkan semua rokok berperisa lain dan memberikan FDA kuasa untuk megawal selia industri tembakau bagi melindungi kesihatan awam. Undang-undang itu juga memerlukan FDA untuk menjalankan dan membiayai penyelidikan mengenai mentol.

Selepas beberapa tahun siasatan FDA dengan bantuan input daripada beribu-ribu badan berkaitan, Pusat Undang-undang Kesihatan Awam dan beberapa kumpulan lain telah memfailkan petisyen rakyat untuk meminta agensi itu melarang mentol dalam rokok.

Kira-kira 18.6 juta penduduk AS menghisap rokok mentol. Jumlah itu adalah kira-kira 36 peratus daripada peratusan semua perokok di negara tersebut, demikian menurut FDA.

-Kosmo Online





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan