Header Ads

ads header

Flash News

Guru Tidak Divaksinasi Dibenar Mengajar Bersemuka


PUTRAJAYA
: Guru yang tidak divaksinasi dibenar mengajar secara bersemuka di kelas dan berada di bilik guru.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kumpulan guru terbabit perlu mematuhi Garis Panduan Pengoperasian dan Pengurusan Sekolah terutama berkaitan pemakaian pelitup muka.

“Seperti mana kehadiran semula pelajar, guru dan warga sekolah pada 1 Mei ini, guru yang tidak divaksin dibenarkan mengajar di sekolah.

“Secara umumnya ia ditetapkan bermula 1 Mei untuk menyelaraskan apa yang diuruskan dan ada yang boleh diteruskan pada masa sekarang. Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan surat pemakluman melalui sekolah,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dibatalkan sebelum ini, Radzi berkata, pemakluman mengenainya akan diberi pada masa terdekat.

Ditanya mengenai peratusan vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang hanya mencapai 45 peratus, beliau berkata, ibu bapa boleh melakukannya sehingga 15 Mei depan.

“Dalam konteks ini soal peratusan vaksinasi PICKids juga diambil kira. Ibu bapa diberi ruang mencukupi hingga 15 Mei untuk memastikan anak mereka divaksinasi dan ia antara ketetapan pengoperasian semula sekolah.

“Sebelum ini KPM dipersoalkan kerana tergesa-gesa buka sekolah dan tidak tunggu adanya vaksin untuk murid sekolah rendah dan kenapa tidak tunggu mereka mendapatkan vaksin.

“Jadi KPM sebelum ini mengambil ketetapan melaksanakan penggiliran, berikutan keadaan ketika itu, vaksin belum ada di sekolah. Namun, apabila PICKids mula dilaksanakan pada Februari, kadar peratusan agak rendah.

“Sebab itu dalam keadaan ini, kita mengumumkan pembukaan sekolah tanpa penggiliran pada 14 April.

“Kita mohon semua pihak mematuhi semua ketetapan ini demi memastikan sektor pendidikan dapat dibuka sepenuhnya,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan