Header Ads

ads header

Flash News

‘Jebon tulis minit mesyuarat’, Sanusi dakwa ‘PAS leak’ kerja BN


PETALING JAYA:
Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan dokumen “PAS leak” dilakukan sendiri Barisan Nasional (BN) menerusi pasukan laskar sibernya.

Menteri besar Kedah itu berkata demikian sebagai mengulas pihak mana yang dipercayainya mampu menghasilkan dokumen sedemikian.

Katanya, ada pihak tertentu akan mendapat kepentingan apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepimpinan Umno disebarkan secara terbuka.

Beliau berkata, ada pegawai dalam BN yang kuat mendesak Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden PAS untuk bersumpah laknat susulan penularan dokumen “PAS leak”.

“Dia mungkin ada kepentingan pada dokumen itu dan sedang guna dokumen itu. Orang macam ini ada potensi untuk buat dokumen,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sanusi berkata, pendedahan dokumen berkenaan yang mendakwa wujud perancangan sulit bagi menjatuhkan pimpinan Umno sebagai perkara tidak benar.

Beliau berkata, kandungan dokumen dikatakan minit mesyuarat kepimpinan PAS sangat diragui kerana dibuat tanpa mengikut ejaan dan urutan kebiasaan format parti itu.

“Saya kalau nak rancang perkara sebegitu (menjatuhkan kepimpinan Umno), saya tidak tulis. Orang bodoh sahaja tulis, selepas itu sebar bagi orang baca. Saya beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu,” katanya.

Katanya, beliau lama berada dalam hierarki kepimpinan PAS Pusat sambil menegaskan ia bukan format minit mesyuarat parti itu.

“Bagi kita kalau ada (perancangan sulit) kita akan cakap ada, jika tidak ada, kita akan cakap tidak ada. Minit mesyuarat PAS bukan begitu, kita ada format minit yang perlu diikuti, ada ejaan dan urutan tertentu.

“Saya tak tahu siapa tulis minit itu, mungkin ‘jebon’ yang tulis minit mesyuarat itu,” katanya merujuk haiwan jenis musang dipanggil cerpelai atau “mongoose” yang digambarkan sangat lincah dan licik.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan