Header Ads

ads header

Flash News

Kes Hakim Nazlan: SPRM didakwa langgar prinsip pengasingan kuasa


SHAH ALAM -
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa telah melanggar prinsip pengasingan kuasa diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan susulan siasatannya terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal berkata, Seksyen 29(3) Akta SPRM 2009 menyatakan bahawa kuasa menjalankan siasatan hanya boleh dilakukan sekiranya badan tersebut mempunyai sebab untuk mengesyaki dan bukan semata-mata atas alasan laporan telah dibuat.

“Sikap seperti ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta melanggar prinsip pengasingan kuasa yang sekian lama diamalkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 23 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bawah pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan berhubung dakwaan wang tidak dapat dijelaskan dalam akaun hakim terbabit.

Azam berkata, siasatan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan rasmi berkaitan isu tersebut.

Nazlan sebelum itu telah dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung satu artikel bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ yang disifatkannya sebagai palsu dan berniat jahat.

Mengulas lanjut, Farhash yang juga merupakan calon Naib Presiden PKR itu berkata, sikap ditunjukkan SPRM dalam siasatan Nazlan itu bakal mengundang risiko yang lebih besar dan kritikan keras terhadap sistem kehakiman negara.

“Ia bukan sahaja bakal menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan masyarakat, malah isu-isu kontroversi seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik boleh melenyapkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.

“Kecenderungan berterusan kepada campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman harus dihentikan demi mengembalikan integriti, kebebasan dan maruah badan kehakiman serta melindungi dan mempertahankan sistem undang-undang negara,” ujarnya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan