Header Ads

ads header

Flash News

Kesihatan Khalid Ibrahim membimbangkan


KUALA LUMPUR –
Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan dalam keadaan membimbangkan.

Menurut pentadbir Facebook rasmi Abdul Khalid, bekas pemimpin PKR tersebut telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta  beberapa hari lalu selepas mendapat jangkitan kuman

“Hari ini kami para pegawai Tan Sri Abdul Khalid telah dibenarkan menziarahi beliau di hospital.

“Meskipun stabil, kami merasakan keadaan beliau agak membimbangkan.

“Kami pohon agar rakan-rakan semua mendoakan agar kesihatan beliau pulih seperti sediakala serta segala urusan perubatannya dipermudahkan Allah SWT. Sekian, terima kasih,” katanya.

Abdul Khalid dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor.

Beliau merupakan orang pertama yang bukan mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Pada 2004 Abdul Khalid dipecat daripada PKR dan beliau  mendakwa diambil tindakan tersebut kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan parti. – MalaysiaGazatte

Komen: Kalau lihat sekali imbas entah siapa berbaju hijau. Sangat berbeza





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan