Header Ads

ads header

Flash News

MN wujud, tapi ‘sudah mati’, kata MB Perlis


PETALING JAYA:
Ketua Umno Perlis, Azlan Man menyifatkan kerjasama PAS dan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) “sudah mati”, walaupun ada ahli Umno kekal optimis dengannya.

Walaupun MN masih wujud katanya, namun kini ia dalam keadaan tidak aktif dan sudah “mati”.

“MN ini masih lagi ada di situ, tetapi dia tidak aktif dan boleh dikatakan seperti sudah ‘mati’ sebenarnya, malah saya sendiri tak dapat penelahan ke mana arah MN selepas ini.

“Ini disebabkan kita lihat pihak PAS nampaknya lebih mirip untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan kita sudah membuat ketetapan bahawa Umno tidak akan bersama dengan PN,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Malah di peringkat Umno sendiri katanya, sudah ada ketetapan untuk tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

“Wujud suatu isu di sini, jadi kita boleh buat kesimpulan sendirilah, agaknya ke arah mana MN ini akan pergi.

“Selain itu, kita di peringkat ini hanya boleh bercakap dan membuat penilaian berdasarkan pendapat masing-masing, tetapi parti akan membuat keputusan sebagai pihak pembuat keputusan tertinggi.”

Beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi Umno akan menentukan hala tuju MN kelak dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku pada masa ini dan akan datang.

Minggu lalu, Ketua Umno Bahagian Ketereh yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa dalam lawatannya ke Perlis berkata, kerjasama Umno dan PAS dalam MN belum mati dan akan terus wujud dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan