Header Ads

ads header

Flash News

PAS tolak ‘khemah besar’, strategi bersama PKR tak akan berulang, kata Sanusi


PETALING JAYA:
PAS tidak akan menyertai “khemah besar” yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) mengambil kira pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, perbincangan berhubung kerjasama politik itu membabitkan PH dan Perikatan Nasional (PN), dengan PAS hanya komponen dalam PN.

“Yang berbincang adalah PN dan PH. PAS buat keputusan menolak dan tidak akan menyertainya. PN ini jika PAS tidak turut serta, maka ia tidak akan cukup kerusi.

“PAS tolak sebarang pakatan untuk bentuk kerjasama baharu membabitkan PKR. Kita sudah ada pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat dan semua strategi itu tidak akan berulang lagi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rancangan mewujudkan “khemah besar” dalam kalangan blok parti pembangkang kini hangat diperkatakan, terutama PH yang bermatlamat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Biarpun belum diperincikan, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan utama PH berhubung konsep gabungan itu apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, konsep yang dipersetujui dalam resolusi Port Dickson adalah kerjasama blok pembangkang tanpa membabitkan PN yang diterajui Bersatu.

Pendirian Anthony itu senada dengan pendapat Presiden Amanah Mohamad Sabu, bahawa tidak timbul cadangan menarik penyertaan PN, apatah lagi PAS ke dalamnya.

Bagaimanapun, nada Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub sedikit berbeza, yang melihat keperluan membuka ruang perbincangan dengan PN, khususnya Bersatu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan