Header Ads

ads header

Flash News

Pasar raya 'ternak' tikus ?


Melaka:
'Jual najis' kepada pelanggan. Mungkin itu ungkapan sesuai susulan penemuan najis tikus bertaburan di rak pameran makanan, lantai dan di atas siling sebuah pasar raya terkenal di Alor Gajah di sini, semalam.

Penemuan itu susulan operasi Op Kebersihan Premis dilakukan pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah (PKDAG) di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Salleh ketika dihubungi berkata, susulan penemuan itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menutup serta-merta bahagian penjualan produk makanan dan barang basah di premis itu selama 14 hari bermula semalam hingga 11 Mei depan.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut peruntukan Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pembukaan semula bahagian itu tertakluk kepada kerja pembersihan dilakukan pemilik premis.

"Nasihat dan penerangan mengenai kesihatan turut diberikan kepada pemilik premis supaya mengutamakan kebersihan di premis.

"Selepas mereka menjalankan pembersihan dan jika PKDAG berpuas hati, barulah kita benarkan bahagian penjualan makanan dan barang basah itu beroperasi semula," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, dalam operasi bermula jam 10 pagi itu, sebanyak 22 unit barang bernilai RM117.89 milik pasar raya itu turut dirampas.

"Tindakan penyitaan dibuat atas kesalahan barangan jualan sudah tamat tarikh luput selain ada produk makanan diletakkan di atas lantai," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    branding agency in selangor

    BalasPadam