Header Ads

ads header

Flash News

Rosmah gagal ketepi hakim dengar kes pengubahan wang haram, elak cukai


Mohamed Zaini Mazlan akan kekal sebagai hakim bagi kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadap Rosmah Mansor.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kedua Rosmah agar Mohamed Zaini tidak mendengar kes itu.

Pada 14 Disember tahun lalu, hakim sama turut menolak permohonan pertamanya berhubung perkara itu.

Menerusi kedua-dua permohonan, isteri Najib Razak itu mendakwa ada risiko Mohamed Zaini bersikap prejudis dan berat sebelah kepadanya.

Dakwanya, ini kerana Zaini turut mendengar satu lagi kes terhadapnya, iaitu berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Namun, Zaini hari ini membenarkan permohonan yang dibuat peguam Rosmah, Firoz Hussein Ahmad Jalamuddin untuk menangguhkan perbicaraan kes pengubahan wang haram - yang dijadual bermula Khamis ini - sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Rayuan Rosmah selepas permohonan pertamanya ditolak masih dalam proses pendengaran di mahkamah itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan