Header Ads

ads header

Flash News

Tatacara hiburan dalam Islam ada disiplin tegas - Idris


KUALA LUMPUR:
Hiburan tidak dilarang dalam Islam namun tatacara hiburan dalam agama pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi membabitkan 'ikhtilat' atau percampuran wanita dengan lelaki yang berlebihan dengan adegan mengundang maksiat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata apabila drama yang ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu seluruh manusia beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang melampaui batas, ia perlu ditegur.

"Hiburan tidak dihalang dalam Islam, namun tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

"Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tetapi jika mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati. Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah," katanya di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.

"Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela. Moga Allah terus memimpin kita," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan