Header Ads

ads header

Flash News

Wajib pakai seragam sekolah, berambut pendek, baharu nampak Radzi Jidin Cerdik


Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, hari ini mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah diwajibkan memakai pakaian seragam selain mematuhi garis panduan potongan rambut ke sekolah.

Katanya, peraturan itu akan bermula sesi persekolahan penggal kedua pada 12 Jun depan.

"Jika sebelum ini digalakkan pakai seragam sekolah, kita masih akan terus galakkan, namun begitu ia akan diwajibkan bermula sesi persekolahan penggal kedua dan kita bagi kelonggaran sebelum 12 Jun 2022.

"Begitu juga keadaan berambut panjang, walaupun sebelum ini menteri kata tak apa tak gunting rambut, namun bermula 12 Jun ini, ia sama seperti ketetapan sebelum datangnya pandemik Covid-19," katanya pada sidang media khas tentang pengoperasian sekolah di Kuala Lumpur, hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memberi kelonggaran kepada para pelajar untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah, sebaliknya memadai dengan berpakaian sopan dan kemas.

Selain itu, katanya seluruh warga institusi pendidikan dibenarkan makan di kantin atau kafeteria sekolah.

“Bagi sekolah di kawasan kantin yang agak terhad ruangnya, sekolah dibenarkan untuk menyusun waktu rehat secara berperingkat,” katanya.

Bagi aktiviti sukan dan kokurikulum pula, beliau berkata semua aktiviti termasuk penganjuran pertandingan dan kejohanan di dalam dan luar sekolah adalah dibenarkan namun mereka yang bergejala adalah tidak dibenarkan menyertai aktiviti itu.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) pengurusan surau dan masjid, beliau berkata solat boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

“Jemaah luar dibenarkan solat Jumaat dalam kawasan institusi pendidikan dan murid asrama dibenar menunaikan solat Jumaat di luar kawasan institusi pendidikan,” katanya.

Turut dibenarkan adalah keberadaan pihak luar termasuk orang kenamaan dalam premis institusi pendidikan tertakluk kepada pekeliling yang berkuat kuasa sebelum ini.

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta (PIBKS) dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dibenarkan memasuki premis institusi pendidikan untuk melaksanakan mesyuarat atau program yang dirancang bersama pihak sekolah, katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan