Header Ads

ads header

Flash News

Apabila Tong Kosong Berbunyi


Bunyi tong kosong diketuk memang kuat, tetapi dalamnya tiada apa-apa isi melainkan udara yang berlalu pergi apabila penutup dibuka.

Begitu juga Pakatan Harapan (PH) hanya pandai berbicara semasa jadi pembangkang, tetapi ‘apa pun tak boleh’ selepas jadi kerajaan.

Sebagai contoh semalam ada tiga kenyataan oleh pemimpin PH yang jika dibaca tampak seperti puak-puak yang idealis dan berhemah.

Pertama, meminta polis memansuhkan khidmat pengiring kepada Menteri dan Timbalan Menteri kerana dianggap pembaziran.

Mungkin pemimpin PH terlupa sewaktu mereka jadi Menteri dan Timbalan Menteri tidak pernah pun cadangan itu dikeluarkan.

Hanya kerana kesalahan anak seorang menteri menggunakan khidmat pengiring pantas diangkat menjadi bahan politik.

Kedua, menggesa perlindungan Perkeso kepada suri rumah disegerakan dengan hujah PH telah siapkan draf semasa jadi kerajaan.

Selepas siapkan draf mengapa tidak pernah dilaksanakan? Usah buat-buat lupa sasaran ditetapkan 1 Januari 2020 sebelum kerajaan PH tumbang.

Ketiga, mendesak kerajaan memberi subsidi tunai bagi tampung kenaikan kos pengeluaran makanan sekaligus membela nasib petani.

Mungkin pemimpin PH terlupa kerajaan mana yang membuat pemutihan sehingga ramai petani tidak lagi dapat bantuan subsidi.

Kerajaan mana yang mengurangkan elaun nelayan dan minyak subsidi dipotong, daripada 100 juta liter sebulan kepada 60 juta liter sebulan.

Kesimpulannya semua kenyataan pemimpin PH tersebut adalah hipokrasi politik semata-mata menjelang PRU-15.

Mereka pernah diberi peluang untuk melaksanakan semua yang dikatakan itu, tetapi ‘habuk pun tarak’, malah lebih teruk kejadiannya.

Selepas kuasa hilang dari gengaman tiba-tiba mahu jadi hero rakyat tentunya ia amat melucukan lagi menjengkelkan.

AK-47





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan