Header Ads

ads header

Flash News

Ini Lagu Raya Pertama Di Malaysia, Memang Klasik Habis!



Kemeriahan 1 Syawal sudah pasti dirasai memandangkan negara kita sudah hampir 2 tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan suram ekoran dari penularan wabak Covid-19. Apatah lagi raya pula raya mengejut macam zaman 80an dulu kita tak pasti raya. Biasanya tarawih terakhir dilewatkan nak dengan apa kata pemengang mohor besar raja-raja Melayu.

Stesen radio tempatan dan televisyen juga semakin kerap memainkan lagu-lagu raya sekaligus membangkitkan kembali semangat umat Islam untuk menyambut Hari Raya.

Mestilah! lagu pun best-best bukan?

Namun pasti ramai bersetuju kalau kami katakan sehebat mana lagu raya yang dihasilkan masakini, lagu-lagu raya lama seperti nyanyian Saloma , Ahmad Jais , Tan Sri Pramlee , dan lagu Sudirman kedengaran lebih nostalgik kan??

Persoalannya, tahukah korang apa kah lagu raya pertama di Malaysia?

Erm Saloma? Atau.. Ahmad Jais?

Hehe tidak sama sekali. Malah selamat kalau kami katakan majoriti anak muda zaman kini (atau mungkin yang berumur) tidak pernah mendengarnya.

Lagu-lagu tersebut bukan sahaja jarang diperdengarkan di radio malah ramai tidak mengetahui kewujudannya.

Difahamkan sebenarnya terdapat lebih 300 lagu raya lama yang pernah dihasilkan dari tahun 30-an sehinga 70-an. Namun kebanyakan lagu tersebut seolah hilang ditelan zaman

‘Selamat Hari Raya’

Namun di antara semua lagu tersebut, terdapat satu lagu yang dikatakan sebagai lagu hari raya pertama yang pernah di rakamkan di tanah melayu .

Lagu ini yang di beri nama Selamat Hari Raya telah dicipta oleh Tengku Alibasha@ Che Ara Bangsawan pada tahun 1936 dan dinyanyikan oleh seorang penyanyi bangsawan, Allahyarhamah Aminah Nani atau lebih dikenali sebagai Miss Aminah.

Kisah ini dikongsikan komposer veteran, Yusnor Ef

Perkara ini dikongsikan penerbit, pemuzik dan penulis lirik veteran En Yusnor Ef atau nama sebenarnya Mohd Nor bin Mohd. Yusofe yang hidup sezaman dengan komposer Kassim Masdor, pencipta lagu Bahtera Merdeka nyanyian Ahmad Jais/Aishah.

Di bawah kami kongsikan liriknya sebagai rujukan anda :

Lirik

Selamat hari raya, sayalah ucapkan
Kepada ibu bapa saudara sekalian, 
Kaumlah kerabat hai handai dan taulan,
Tualah dan muda laki-laki perempuan,
Permulaan syawal, hari yang mulia aidilfitri
Penutup bulan puasa
Pintu terbuka untuk menebus kan dosa
Paling utama bagi sesama manusia
Umpat puji yang sudah terbanyak ampun dan maaf
Sekarang diminta supayalah azab kubur hai jangan lah menyesak
Selamatlah kita di akhiratNyalah kelak
Wahai muslimin sudahlah hai wangi
Wahai muslimin sudahla hai wangi
Mendoalah kita kepada Rabbal Illahi
Nendoalah kita kepada Rabbal Illahi
Dipanjangkan umur dimurah rezeki
Dipanjangkan umur dimurah rezeki
Tahunlah dimuka boleh berjumpalah lagi
Tahunlah dimuka boleh berjumpalah lagi



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Tiada ulasan