ISKANDAR PUTERI: Menyifatkan Johor Darul Ta’zim (JDT)
sebagai pasukan ‘kerdil’ di pentas kelab elit Asia, Benjamin Mora
bangga dengan semangat juang luar biasa yang dipamerkan pemain untuk
membawa mereka ke pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara (ACL) buat kali
pertama.
Ketika ramai yang tidak meletakkan harapan kepada Harimau Selatan
untuk meneruskan kemaraan selepas terikat 1-1 90 minit permainan,
keajaiban berlaku di waktu kecederaan apabila JDT meraih gol kemenangan
empat minit memasuki waktu kecederaan untuk menumpaskan juara dua kali,
Ulsan Hyundai 2-1 kelmarin.
“Kami tidak pernah berhenti percaya…pasukan Korea Selatan itu adalah gergasi Asia…Separuh akhir 2021 dan juara 2020.
“… dan kini kami singkirkan mereka daripada kejohanan. JDT cuma sebuah
kelab kecil dari Johor, jadi saya amat berbangga,” katanya.
Laluan Harimau Selatan dalam Kumpulan I amat berliku kerana berdepan
kelab No. 1, Asia, Kawasaki Frontale dan juara ACL 2020 serta 2012,
Ulsan.
Bagaimanapun, ia tidak menggerunkan mereka untuk layak selaku juara
kumpulan setelah empat tahun menyertai kejohanan tersebut sejak 2019.
“Sebelum kempen ACL bermula, kami menanam keyakinan kami mampu mencipta sesuatu yang luar biasa.
“Ini detik bersejarah buat JDT dan individu yang bertanggungjawab di
atas kejayaan ini iaitu tidak lain tidak bukan ialah Tunku Ismail Sultan
Ibrahim,” katanya.
Gol sendiri pemain Ulsan, Park Yong Woo empat minit memasuki waktu kecederaan memastikan kemenangan mereka.
Leandro Velazquez membuka jaringan
tuan rumah menerusi sepakan percuma pada minit kelima, namun Jun Amano
menyamakan kedudukan buat Ulsan, seminit kemudian.
Apa-apa yang tersiar didalam blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.
Tiada ulasan