Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 hari pada Ogos pendengaran rayuan Najib ketepi hukuman penjara


Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada Ogos depan bagi prosiding pendengaran rayuan Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

Penetapan tarikh itu dimaklumkan melalui surat kepada media bertarikh 29 April yang ditandatangani oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Hafiizullaah Omar.

Pendengaran akan dijalankan dari 15 hingga 19 Ogos dan 22 hingga 26 Ogos.

Menurut surat itu, pihak pembelaan dan pendakwaan diarahkan untuk memfailkan hujahan bertulis mereka selewat-lewatnya pada 31 Julai.

25 April lalu, Najib mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuan yang menjelaskan mengapa beliau perlu dibebaskan daripada pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International tersebut.

Dalam petisyen tersebut, antara lain, Najib menyatakan Mahkamah Rayuan tersilap dalam fakta dan/atau undang-undang bagi mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Najib) bagi kesemua tujuh pertuduhan dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan merupakan jalan terakhir bagi ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan rayuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan dana SRC International itu. - MalaysiaNow





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan