Header Ads

ads header

Flash News

Majlis Peguam Memalukan Diri Sendiri kata Lukman Sheriff


Peguam, Lukman Sheriff menyatakan Majlis Peguam memalukan diri sendiri dalam pernyataannya berkenaan kes Hakim Nazlan.

Sebelum ini Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah menyatakan, siasatan oleh MACC ke atas kes Hakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan. Mengikut Presiden Majlis Peguam, ini bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa.

Datuk Zaid Ibrahim telah menyangkal pendirian badan peguam dengan menyatakan bahawa kalau sedemikian, tiada tindakan boleh diambil oleh SPRM ke atas Ahli Parlimen juga kerana bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa. Peguam Haniff Kathri pun menyangkalnya menyatakan bahawa hakim boleh disiasat oleh MACC dan tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang termasuklah hakim. Siasatan MACC adalah mengikut Perlembagaan.

SPRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah diperuntukkan kuasa dengan nyata untuk menyiasat hakim mahkamah tinggi, rayuan dan persekutuan. Ini bidang kuasa yang dilaksanakan selama ini.

Lukman menyatakan selama bertahun-tahun lamanya SPRM mempunyai kuasa menyiasat korupsi hakim dan wakil rakyat dan pelbagai siasatan dibuat, kenapa tiada pula dibangkitkan isu keperlembagaan ini. Tiba-tiba Majlis Peguam menyatakan SPRM tidak boleh siasat hakim sebab memberi kesan kepada kebebasan kehakiman.

Kata beliau, “Ini sungguh tak logik.” Takkan Bar council tak baca peruntukan undang-undang (SPRM pula?)

“Memalukan. Akta ini dah lebih 10 tahun takkan baru nak kata unconstitutional. Majlis Peguam senyap selama 10 tahun sesuatu yang tidak berperlembagaan?” kata Lukman.-Samudera.my





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan