Header Ads

ads header

Flash News

Najib, anak dibenar cabar perintah tunggakan cukai RM1.7 bilion


PUTRAJAYA:
Najib Razak dan anaknya, Nazifuddin diberikan peluang untuk mengetepikan penghakiman ringkasan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan semula tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion daripada mereka.

Ini menyusul keputusan hari ini oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat untuk membenarkan permohonan kebenaran mereka bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada tahun lalu.

“Persoalan undang-undang yang dibangkitkan memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman,” kata Tengku Maimun dalam keputusan sebulat suara itu.

Turut bersidang bersamanya Hakim Nallini Pathmanathan dan Mary Lim Thiam Suan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan