Header Ads

ads header

Flash News

Nasib baik UMNO Selangor cerdik sedikit berbanding UMNO negeri lain...


TANJUNG KARANG:
UMNO dan PAS Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di negeri ini ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata pembahagian kerusi telah dibincang secara dasar oleh kedua-dua parti itu di peringkat negeri sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional lagi.

"Kalau UMNO bertanding di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) kena ada PAS dan sebaliknya dan elak bertembung satu sama lain," katanya pada sidang akhbar dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata pihaknya berharap tindakan itu akan mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti masing-masing dengan sasaran memenangi lebih 30 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada PRU15 nanti.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata di Selangor, musuh politik bagi PAS dan UMNO adalah Pakatan Harapan (PH).

"Realitinya pada PRU-14, UMNO ada pengundi asas sendiri dan begitu juga PAS. Kebersamaan dan muafakat ini kalau ditunjukkan kepada rakyat, kita boleh jatuhkan PH. Kalau bertembung tiga penjuru, tidak akan ke mana," katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS bersedia bertembung dengan Bersatu di Selangor, beliau menjelaskan perkara itu adalah keputusan peringkat pimpinan tertinggi parti itu. – BERNAMA





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan