Header Ads

ads header

Flash News

Penerima Jantung Khinzir Pertama Meninggal Dunia Kerana Virus Haiwan


Penerima jantung khinzir sebagai ganti kepada organ manusia David Bennett meninggal dunia Mac lalu dua bulan selepas menjalani prosedur bersejarah tersebut. Sebab kematian beliau tidak diumumkan pada waktu tersebut tetapi laporan terkini dari MIT Technology Review mendakwa ia adalah disebabkan organ yang diterima dijangkiti virus khinzir yang boleh membawa maut.

Virus porcine cytomegalovirus menyebabkan organ khinzir gagal pada babun yang menjalani prosedur yang sama. Secara purata organ yang diterima babun mampu bertahan selama 6 bulan jika ia bebas dari virus porcine cytomegalovirus. Ia akan mengalami kegagalan lebih awal jika dijangkiti virus. Ketiadaan sistem pertahanan badan khinzir pada tubuh penerima organ untuk menentang virus adalah antara sebab ini berlaku.

Berdasarkan apa yang berlaku kepada babun, MIT Technology Review percaya perkara yang sama berlaku kepada David Bennett. Oleh itu saringan ke atas organ khinzir perlu dilakukan bagi memastikan prosedur yang sama dilakukan lebih selamat di masa hadapan.

Komen : Adakah penciptaan manusia dan haiwan sama setelah banyak bahagian haiwan terutama babi digunakan dalam perubatan





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan