Header Ads

ads header

Flash News

Polis siasat dua remaja lakukan aksi 'wheelie' dan 'scorpian'


KULIM:
Polis menahan dua remaja selepas meneliti rakaman video melakukan aksi 'wheelie' serta 'scorpion' ketika menunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, pihaknya mengesan aksi berbahaya dilakukan dua remaja terbabit selepas menerima laporan daripada seorang pemilik akaun Intagram dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat.

“Susulan itu anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat semakan melalui nombor pendaftaran motosikal dan berjaya menjejaki dua remaja berkenaan.

“Kedua-dua remaja lelaki berusia 18 dan 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Keda Nagalilit dan Kampung Sungai Seluang Bawah, dekat Kulim pada petang Rabu.

“Remaja berusia 18 tahun bekerja sebagai buruh manakala seorang lagi merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Kulim,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Jelas Mohd Mahiri, kedua-dua remaja terbabit mengaku melakukan aksi berbahaya itu.

Kedua-dua remaja terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan