Header Ads

ads header

Flash News

'Rehatkan' pemimpin bermasalah pastikan UMNO terus relevan


UMNO menyambut ulang tahun ke-76 pada 2022 dalam suasana yang boleh dianggap 'megah' apabila kembali meneraju kerajaan Persekutuan selepas melalui pelbagai liku politik sukar pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ranjau politik dilalui UMNO dianggap pemerhati politik sebagai era suram kepada UMNO kerana kali pertama gagal membentuk kerajaan Persekutuan sejak penubuhannya.

Nasib UMNO ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila bukan saja kalah pada PRU-14, malah terpaksa mengharungi pergolakan dalaman paling sukar ketika pemilihan parti pada 2018.

Beberapa pemimpin tertinggi UMNO didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, manakala 16 Ahli Parlimennya bertindak meninggalkan parti.

Situasi ini memberi tamparan hebat kepada UMNO sehingga dilihat tidak lagi relevan dalam politik semasa Malaysia dan disaingi rapat seteru utamanya iaitu BERSATU yang secara terbuka menawarkan platform menggantikan UMNO sebagai parti baharu untuk orang Melayu.

Namun, UMNO mula mengorak langkah kanan selepas itu apabila berjaya mewujudkan kerjasama politik kali kedua dengan PAS untuk membentuk Muafakat Nasional (MN).

Kerjasama politik ini membuahkan hasil bukan sekadar memulihkan hubungan kedua-dua parti, tetapi calon yang mendukung kerjasama politik itu berjaya memenangi kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Parlimen Cameron Highlands dan Tanjung Piai.

Pembentukan MN ini membuktikan kerjasama politik sangat diperlukan ketika UMNO berhadapan dengan suasana politik dinamik dan parti yang tewas berusaha mencetuskan semula momentum pengaruhnya dalam kalangan rakyat.

Ketika UMNO sedang memulihkan tenaga politiknya, kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tumbang akibat tindakan BERSATU menarik diri daripada pembentukan kerajaan, beberapa Ahli Parlimen PKR dipecat dan meninggalkan parti berkenaan.

Susulan peristiwa itu, UMNO bersama PAS, BERSATU dan disokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak melepaskan peluang merintis kerjasama dengan membentuk gabungan politik baharu dinamakan Perikatan Nasional (PN).

Ini adalah kunci utama kepada UMNO untuk kembali sebagai kerajaan Persekutuan dan di beberapa negeri yang sebelumnya dikuasai PH.

Pembentukan kerajaan PN ini juga sebenarnya berjaya memperkukuhkan dominasi UMNO dalam kerajaan, malah kedudukan parti ini semakin kuat apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih menerajui kerajaan menggantikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan Ismail Sabri dilihat sebagai nyawa kedua kepada UMNO selepas PRU-14 dan mencatatkan sejarah tersendiri apabila untuk kali pertama seorang Naib Presiden dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Keadaan ini menuntut UMNO perlu menyesuaikan partinya berdasarkan kedinamikan politik semasa negara kerana buat kali pertama Naib Presidennya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Namun, jangkaan ini meleset apabila Ismail Sabri dilihat berhadapan dengan tekanan secara tidak langsung dalam beberapa isu seperti pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), pengeluaran KWSP kali kedua dan desakan pembubaran Parlimen ketika Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Tekanan secara tidak langsung ini merugikan UMNO yang sedang menerajui kerajaan dan beberapa pemimpin parti sewajarnya memberi dukungan penuh kepada pentadbiran Ahli Parlimen Bera ini. Hal ini kerana, pelantikan beliau adalah peluang paling bernilai kepada UMNO untuk memulihkan keyakinan, pengaruh dan imejnya dalam kalangan rakyat.

Berdasarkan perkembangan politik semasa, UMNO perlu bermuhasabah dengan kekalahannya pada PRU-14 dan bersyukur menerima peluang untuk kembali menerajui Persekutuan, meskipun perlu bekerjasama dengan parti politik lain termasuk saingannya, BERSATU.

UMNO perlu berwaspada dengan peluang kedua diperoleh mereka hari ini dengan mengubah pendekatan politik dan bertindak menangani punca masalah dalaman parti daripada terus menyekat pemulihan.

Misalnya pemimpin yang masih dalam perbicaraan di mahkamah perlu direhatkan daripada bertanding ataupun berkempen bagi memastikan imej UMNO terus kekal bersih.

Jika keadaan ini dapat dilaksana ia dijangka mengembalikan keyakinan ahli dan rakyat kepada UMNO, sekali gus memberi peluang lebih cerah kepada parti untuk menang besar serta kembali menerajui kerajaan dengan majoriti lebih dua pertiga di Parlimen.

Kemampuan UMNO untuk kembali menang dengan majoriti lebih dua pertiga tanpa calon bermasalah dan muka baharu terbukti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor yang lalu.

Formula ini wajar diguna pakai pada peringkat Persekutuan dan kepemimpinan parti perlu berjiwa besar serta terbuka untuk memberikan laluan kepada calon bersih salah laku untuk bertanding pada PRU-15 akan datang.

Selain itu, UMNO perlu berani mengambil tindakan dan memecat pemimpin parti yang bertindak sendirian serta mengingkari prinsip ditetapkan.

UMNO mengetahui ada pemimpinnya yang memberikan sokongan secara sulit dan bekerjasama dengan pemimpin pembangkang.

Namun, ada antara mereka sehingga kini masih tidak dikenakan sebarang tindakan antaranya Tengku Razaleigh Hamzah yang secara terang-terangan melanggar disiplin parti membentuk gabungan politik baharu di Kelantan dengan parti pembangkang.

Situasi ini menggambarkan UMNO tidak mampu mengawal masalah dalaman parti, takut mengambil tindakan dan dipimpin oleh kepemimpinan lemah dalam menyelesaikan pengkhianatan dalam parti.

Justeru, UMNO perlu bertindak berani sebelum PRU-15 supaya pemimpin bermasalah tidak mengheret parti bersama mereka terjerumus ke dalam kancah kekalahan sekali lagi seperti berlaku pada PRU sebelum ini.

Kepemimpinan UMNO juga perlu berpegang kepada prinsip pemimpin datang dan pergi, namun UMNO terus wujud serta diperjuangkan ahlinya selagi masih ada orang Melayu di negara ini.

Justeru, sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-76 dan ketika UMNO sedang menerajui kerajaan, parti ini perlu bermuhasabah, berubah dan mengekalkan proses pemulihan parti secara konsisten.

UMNO mungkin 'nazak' selepas PRU-14, tetapi keajaiban membolehkannya kembali bangkit dalam arena politik negara selepas melalui pelbagai 'rawatan' politik yang mujarab untuk memastikan kelangsungan politiknya berkekalan.

Jika UMNO kembali memberikan peluang kepada penyakit lamanya merebak kepada seluruh organisasi, parti ini akan kembali mencipta laluan sukar untuk menang PRU-15.

Dr Mohammad Tawfik Yaakub
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik
Universiti Malaya (UM)





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Rehatkan pemimpin kluster mahkamah buat sementara waktu hingga kes selesai....terbukti bersalah....gugurkan dari menjadi ahli UMNO buat selamanya..😠😠😠..masih banyak lagi pemimpin berwibawa dalam UMNO....asalkan BERSIH dari penyakit SOSIAL !!!!

    BalasPadam
  2. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde dunia baru, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    BalasPadam