Header Ads

ads header

Flash News

Rupanya selama ini pemimpin Umno sendiri pun 'bengong' dan tak faham apa itu MN


Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah menyifatkan pendirian Umno dalam isu kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) adalah tidak jelas malah tidak sekata sesama sendiri.

Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas kenyataan beberapa pimpinan Umno yang dikatakan saling bercangggah pendirian, manakala Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula dilihat menyatakan pendapat peribadi.

"Hari ini ada kenyataan Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid tak setuju dengan pandangan Zahid, dia kata hubungan Umno dan PAS ini sepatutnya diputuskan oleh parti bukannya individu.

"Mereka sama mereka pun tak sekata, jadi macam mana? Umno Selangor bagi tahu akan kerjasama dengan PAS, tapi presiden Umno kata tak ada kerjasama.

“Jadi kita nak pakai (cakap) siapa?" soalnya ketika ditemui media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Gambar hiasan

Zahid sebelum ini berkata kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan dan menegaskan tiada kerjasama Umno dan PAS dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, Umno telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.

Bagaimanapun sebelum ini, Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS pada PRU15 termasuk mengelak pertindihan kerusi.

Sementara itu mengulas lanjut, Mohd Amar, berkata, Umno sekarang kelihatan bercelaru dan tiada keputusan yang dibuat di peringkat parti.

"Kalau nak berhujah dari segi itu Umno Selangor dah buat kenyataan terbuka akan kerjasama dengan PAS.

"Nampak Umno sendiri pun celaru, kalau kita ambil daripada kenyataan naib presiden Umno (Mahdzir) itu bermakna Zahid buat keputusan sendiri, kenyataan peribadi bukan mewakili partinya.

Gambar hiasan

"Jadi macam mana? Kita nak pegang yang mana? Bagi tahu dia bincang dululah di peringkat parti sebelum keluar kenyataan," ujarnya.

Mohd Amar berkata, apa yang dibangkitkan pemimpin Umno mengenai PAS adalah tidak betul termasuk hubungan kerjasama dengan Bersatu.

"Misalnya mengenai Bersatu, ia pada peringkat awal Umno sendiri bersetuju untuk menawarkan Bersatu sertai MN, sebab MN bukan PAS dan Umno saja, hanya pengasas saja. Misi kita nak pakatan ini lebih besar merangkumi parti-parti dan orang Melayu Islam.

"Ada surat presiden Umno sendiri setuju menjemput Bersatu ke dalam MN, tiba-tiba dia tarik keputusan, jadi nampak sikapnya (macam mana)," kata soalnya.

PAS tiada masalah

Dalam perkembangan sama, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan sebagai berkata partinya tidak mempunyai sebarang masalah meneruskan kerjasama politik dengan Umno melalui MN.

Menteri besar Kedah itu berkata, PAS masih berpegang kepada keputusan pimpinan tertinggi dan Majlis Syura Ulama, iaitu memperkukuhkan MN dan memperkasakan Perikatan Nasional (PN) demi memantapkan politik umat Islam dan Melayu di negara ini.

"PAS tidak ada masalah (bekerjasama) dengan Umno. Jika Umno ada masalah, mereka perlu selesaikan kerana PAS tidak ada masalah.

"Kita masih berpegang kepada keputusan dibuat kepimpinan dan Majlis Syura, kita konsisten dan tidak ada perubahan di mana PN kita mahu, MN pun kita mahu," katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Features corresponding to splines will be converted to polylines during this process. IGES files even have the flexibility to store models throughout the file header. Visit our useful resource center to study extra about the importance of 3D printing layer height, frequent 3D CNC machining printing filaments, and extra.

    BalasPadam