Header Ads

ads header

Flash News

Russia Mungkin Rampas Aset Milik Negara ‘Musuh’



MOSCOW
: Russia membayangkan kemungkinan merampas aset berpusat di Russia milik negara lain yang dianggap sebagai musuh.

Ia adalah tindak balas Russia terhadap cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjual aset milik oligarki Russia dan hasil jualan diberikan kepada Ukraine.

Speaker Dewan Rakyat Russia, Vyacheslav Volodin, berkata langkah terhadap syarikat yang berpangkalan di negara itu mungkin dilaksanakan jika aset rakyat Russia dirampas oleh negara yang memusuhi Russia.

“Adalah adil untuk membalas tindakan itu dan merampas aset mereka.

“Hasil keuntungan daripada jualan aset itu pula akan digunakan untuk pembangunan negara ini,” katanya menerusi Telegram.

Volodin mendakwa, beberapa negara yang bermusuhan dengan Russia, iaitu Lithuania, Latvia, Poland dan AS, melanggar undang-undang antarabangsa dan memilih untuk ‘melakukan rompakan.’

Tegasnya, ahli perniagaan Russia kini sedang membeli syarikat asing yang beroperasi di negara itu, dan membeli saham milik pihak yang mahu keluar daripada pasaran Russia.

Beliau menggesa negara yang bermusuhan dengan Russia untuk bertindak secara bertamadun dan menghormati undang-undang antarabangsa.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS, Joe Biden mengumumkan cadangan untuk meningkatkan tekanan pada ekonomi Russia, dengan memperkukuh prosedur sitaan dan rampasan, bagi membolehkan aset oligarki dijual bagi membantu pembangunan semula Ukraine.

Volodin menyifatkan cadangan itu sebagai penetapan duluan yang berbahaya, dan berpotensi memberi kesan buruk kepada AS sendiri.

“Langkah ini tidak akan menjejaskan ekonomi Russia. Kapal layar, villa dan aset lain milik rakyat Russia yang kaya tidak menyumbang kepada pembangunan Russia,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan