Header Ads

ads header

Flash News

Saifuddin, Rafizi berdebat 11 Mei


PETALING JAYA:
Dua calon Timbalan Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli akan berdebat pada 11 Mei ini.

Sinar Harian melaporkan Ketua Pengarang Kumpulan dan Ketua Pegawai Pengisiannya, Rozaid Rahman berkata, program “Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?” selama 90 minit itu akan bermula pada 3 petang.

Beliau dalam kenyataan berkata, ia akan disiarkan di semua platform Sinar Harian secara langsung.

Katanya, debat itu menjadi medan atau pentas untuk menguji kredibiliti Saifuddin dan Rafizi dalam mengemukakan hujah berhubung isu semasa, soal kepimpinan dan masa depan PKR.

Ini kerana, katanya, pemilihan PKR tahun ini akan dilihat sebagai petunjuk siapakah yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan parti daripada Presidennya, Anwar Ibrahim.

Format “Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar?” akan dimulakan dengan sesi pengenalan Saifuddin dan Rafizi, disusuli soalan sesama mereka serta daripada moderator.

Pemilihan PKR julung kali diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi Adil yang diperkenalkan pada 28 Feb lalu.

Proses pengundian dalam talian bermula 18 hingga 20 Mei ini, selepas undian fizikal pada 13 hingga 17 Mei.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan