Header Ads

ads header

Flash News

Telegram Premium – Pelan Berbayar Untuk Telegram Kini Hadir Pada Versi Pembangunan Beta


Telegram
sedia menyatakan sebelum ini bakal menguji pelan berbayar mereka dalam menjana pendapatan untuk perkhidmatan permesejan yang ditawarkan secara percuma selama ini.

Selari dengannya, kini melalui versi Beta untuk aplikasi Telegram pada iOS, pihak Telegram telah mula menyertakan ujian untuk pelan berbayar yang dinamakan sebagai Telegram Premium.

Mengikut demo awal, pengguna pelan berbayar Telegram Premium menerima akses kepada sejumlah “Sticker” dan juga reaksi eksklusif yang tidak ditawarkan kepada pengguna biasa. Pengguna juga akan dipaparkan dengan mesej untuk melanggan Telegram Premium apabila ingin menggunakan “Sticker” atau reaksi khusus berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan harga langganan dan juga kelebihan lain yang ditawarkan pelan Telegram Premium ini.

Dengan muianya ujian beta ini, kita mungkin melihat ia diperkenalkan pada versi stabil untuk semua tidak lama lagi. - Amanz





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan