Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu dan Kelantan pinda cuti kelepasan am kepada 4 Mei


KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan hari Rabu (4 Mei) sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) menggantikan hari Khamis (5 Mei).

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini memandangkan tarikh perayaan 1 Syawal 1433 jatuh pada hari ini (2 Mei).

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” ujarnya dalam kenyataan, malam tadi.

Pada 27 April lalu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai hari kelepasan am atau cuti peristiwa bagi Terengganu.

“Walau bagaimanapun kelepasan am ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022, Isnin,” katanya dipetik UPDI.

.......

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju mengubah cuti peristiwa yang diumumkan sebelum ini iaitu pada 5 Mei kepada 4 Mei (Rabu) berikutan perubahan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, perubahan tarikh cuti peristiwa itu dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022.

“Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja telah mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei iaitu Isnin.

“Susulan daripada itu, kerajaan negeri bersetuju untuk mengubah Hari Kelepasan Am bagi negeri Kelantan (cuti peristiwa) dari tarikh asal 5 Mei kepada 4 Mei 2022,” katanya pada kenyataan malam tadi. – HARAKAHDAILY 2/5/2022





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan