Header Ads

ads header

Flash News

Tiada kerjasama dengan PAS di Terengganu, BN tanding semua kerusi PRU15


PETALING JAYA:
Umno Terengganu sudah memuktamadkan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan akan meletakkan calon bertanding di semua 32 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen.

Ketua Umno Besut, Nawi Mohamad, berkata semua ahli jawatankuasa parti termasuk sayap di lapan bahagian, sependapat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Ahmad Said, untuk tidak bergabung dengan mana-mana parti menghadapi PRU15.

Katanya, mesyuarat jawatankuasa parti peringkat negeri juga memutuskan tidak bergabung dengan PAS, Bersatu, Amanah atau parti lain.

“Umno serta BN sudah mengenal pasti calon berwibawa dan mampu diterima rakyat untuk dicalonkan bertanding di 32 kerusi DUN serta lapan kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

“Kita sudah memutuskan untuk meletakkan calon di semua kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Nawi yang juga ADUN Hulu Besut mengesahkan pendirian Umno negeri sudah dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, lima pemimpin tertinggi parti, termasuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah mengadakan perbincangan mengenai pendirian BN serta Umno negeri.

“Kita juga sudah memutuskan untuk keluar daripada gabungan Muafakat Nasional (MN). Jadi, tiada keperluan untuk kita bincang mengenai pengagihan kerusi,” katanya.

Mengulas dakwaan ada perbincangan kerjasama antara Ahmad dengan Ketua PKR Terengganu Azan Ismail, Nawi menafikan dakwaan itu.

Katanya, Umno memutuskan untuk mempertahan 10 kerusi DUN dimenangi BN dan merampas kembali 22 lagi kerusi pada PRU akan datang.

“Kita juga akan mempertahankan dua kerusi Parlimen iaitu Besut dan Hulu Terengganu, selain merampas enam lagi kerusi yang kini dikuasai PAS,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan