Header Ads

ads header

Flash News

10 Janji 100 Hari Penipuan Terbesar Dalam Sejarah


MANIFESTO 10 janji dalam masa 100 hari yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu kempen pilihan raya yang lalu tidak nampak tanda-tanda akan berjaya ditunaikan.

Ketika diumumkan, semuanya dilihat manis dan berjaya memperdayakan orang ramai untuk ‘memangkah’ mereka tibanya hari mengundi pada 9 Mei lalu.
Advertisement

Namun, setelah hampir sebulan berkuasa, PH mula berdalih dan turut mengeluarkan kenyataan mengakui sukar untuk melaksanakan segala perkara yang telah dijanjikan itu.

Bagi rakyat, ini merupakan satu tamparan hebat setelah mempercayai kerajaan PH mampu mengotakan 10 janji itu dalam masa yang ditetapkan.

Begitu ramai rakyat Malaysia yang tertipu. Itulah penipuan paling besar dalam sejarah negara apabila kerajaan yang memerintah selama puluhan tahun pun tumbang.

Bagi menutup penipuan terbesar dalam sejarah negara itu, PH mula mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu penipuan lain pula.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengatakan bahawa pembayaran RM6.98 bilion yang dibuat Kementerian Kewangan bagi pihak 1MDB adalah satu ‘bailout‘, malah ia adalah bailout terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Seperti yang pernah dibangkitkan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak pada tahun 2015, perkataan ‘bailout’ adalah satu istilah negatif yang sengaja disalahgunakan untuk menyindir bahawa ada sesuatu tidak kena yang berlaku.

Di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-4 dahulu, terlalu banyak bailout di mana kerajaan tidak mendapat sebarang pulangan wang yang dipam ke dalam syarikat yang dibantu.

Bailout berlaku apabila wang dipam ke dalam sebuah organisasi yang bermasalah tanpa sebarang pulangan ke atas wang itu.

Sebagai contoh, kes Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang dikatakan muflis kerana rekod pinjaman BMF yang teruk di Hong Kong dan seterusnya menyebabkan Petronas menyuntik wang untuk menyelamatkan bank tersebut.

Bukan itu sahaja, kes Perwaja juga adalah bailout dan telah diselamatkan oleh kerajaan dan sekali lagi tidak ada sebarang pulangan terhadap wang kerajaan yang dipam ke dalam Perwaja.

Selain itu, kerajaan juga membeli balik saham MAS daripada Tajudin Ramli dan itu juga merupakan bailout kerana kerajaan terpaksa membeli balik saham pada cara di atas harga pasaran.

Entah berapa puluh bilion yang habis begitu sahaja tanpa ada apa-apa pulangan. Benar-benar mendapat keuntungan bukan rakyat, tetapi para kroni. Berbeza dengan 1MDB di  mana dilaporkan Kementerian Kewangan mendapat sehingga RM41 bilion aset seperti tanah pada syarikat itu.

Justeru, kenyataan Guan Eng bahawa 1MDB merupakan bailout terbesar dalam sejarah negara agak tidak adil memandangkan kerajaan kini mempunyai hak ke atas aset-aset syarikat itu.

Ia boleh dilihat sebagai pulangan berbaloi berbanding senarai bailout pada zaman Mahathir yang tidak mendapat sebarang pulangan kepada kerajaan.

Di situ jelas dapat dilihat usaha untuk mengelirukan pemikiran rakyat atau satu lagi bentuk penipuan.

Sejak mandapat mandat dari rakyat pada 9 Mei lalu, kerajaan PH juga dilihat seolah-olah tidak mempunyai usaha untuk menunaikan segala janji dalam manifesto jangka pendek mereka itu.

Lebih menyayat hati, belum pun 100 hari berlalu, pelbagai alasan yang dibuat oleh para pemimpin PH mengenai kesukaran menunaikan 10 janji itu tanpa berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakannya.

Macam tidak ada usaha pun bagi menunaikan janji-janji tersebut.

Sekali lagi rakyat tertipu dengan janji-janji palsu yang sebenarnya dari mula lagi diketahui oleh para pemimpin PH bahawa ia sukar untuk dilaksanakan.

Sehingga kini, janji hapus tol, turunkan harga minyak, penangguhan bayaran PTPTN dan banyak lagi janji terpaksa ‘ditangguhkan’ mungkin kerana dianggap ‘tidak penting’.

Isu yang lebih penting bagi mereka tentunya mengenai hutang negara yang dikatakan mencecah RM1 trilion namun kemudian menarik balik mengatakan ianya berjumlah sekitar RM686 bilion seperti yang diumumkan kerajaan terdahulu.

Cubaan menipu yang gagal apabila pelabur mula mempersoalkan kaedah pengiran hutang baru itu yang mungkin menggunakan piawaian bapak Lim Guan Eng dan bukan piawaian antarabangsa.


Cubaan menipu mengenai jumlah hutang negara ini sehingga kini diteruskan sedangkan jumlah yang dikira kerajaan sebelum ini adalah menurut piawaian Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) yang digunapakai oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Bagaimanapun, kerajaan PH kini menambah angka-angka baharu kepada jumlah tersebut, dengan memasukkan sekali komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan terhadap hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion.

Jika dikira bersama liabiliti luar jangka ini, angka hutang negara mencecah RM1 trilion adalah benar kerana Malaysia mempunyai liabiliti berjumlah sedemikian, di mana RM686 bilion itu adalah dalam bentuk sekuriti hutang.

Namun begitu, negara-negara lain di dunia juga menggunakan SDSS dan hanya melaporkan sekuriti hutang sebagai hutang negara tanpa memasukkan tanggungan luar jangka sebagai jumlah keseluruhan hutang negara.

Jadi apa sebenarnya objektif PH dalam mengira bersama liabiliti luar jangka ini dalam jumlah hutang negara?

Hakikatnya mereka bertindak sedemikian hanya kerana mahu memburukkan kerajaan terdahulu dan menipu rakyat Malaysia.

Ironinya, selama ini PH sejak di zaman mereka sebagai pembangkang sering melabel kerajaan Barisan Nasional sebagai penipu sedangkan mereka yang melakukan perkara itu, bukan BN.

Seolah-olah seorang penipu menuduh orang lain yang menipu. Nampak kelakar di situ bukan? – MYNEWSHUB.CC/EZ

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

11 ulasan:

  1. Baca boleh ...tapi nak percaya tu , rasanya kena fikir lah dahulu sikit-sikit ....

    BalasPadam
    Balasan



    1. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

      Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

      saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

      Pembayaran yang fleksibel,
      Suku bunga rendah,
      Layanan berkualitas,
      Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

      Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

      Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

      Padam
  2. hahaha...kena fikir...fikirlah selama mana yng kau nak..sebab waktu kau sedar semuanya dah terlambat kot...Nauzubillahminzalik

    BalasPadam
  3. Takutnya situasi sekarang ...

    BalasPadam
  4. PH rangka manifesto dalam kedai kopi barangkali... kerana itu mula terkial kial cari sebab dan alasan...Baik lebai PAS...bincang dalam surau pun dah mampu laksanakan janji janji manifesto

    BalasPadam
  5. Kalau pembohongan ini dibiarkan berleluasa tanpa di hukum, akan datang akan ada parti yang akan buat manifesto yang lebih banyak atau mungkin 100% pembohongan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. atau 200% pembohongan

      atau 300% pembohongan

      Contohnya:

      Bantuan bulanan RM 10,000.00 per bulan untuk penganggur

      Road tax percuma

      Letrik percuma

      Air percuma

      **Bodohlah siapa yang tak undi kami.

      Padam
  6. Hanya orang takut kepada Tuhan sahaja yang bercakap benar

    BalasPadam
  7. Bodoh siapa undi ph. Mmg jilat jubo maddey sampai mati .bangang nak mampos. Makan la korang fitnah sampai ke tua! Barua punya rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaa bahasa jaga bang kita era milinium ni juta2 org baca ni..

      Padam
  8. Budaya Politik Matang & Sejahtera Penyelesaian Kemelut Politik Negara
    yang lepas jgn dikenang. dekati diri dgn majlis ilmu.JIWA tenang. kita ubah 5 tahun lagi

    BalasPadam