Header Ads

ads header

Flash News

Mengikut kajian lebih 50% pengundi PAS akan memilih BN


 PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis pada 4 Ogos depan bakal menyaksikan pelbagai perkembangan menarik susulan daripada pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PKR dan Bebas.

Pada PRU14 lalu, Dun Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PKR, BN, Pas, dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Menerusi proses penamaan calon pada Sabtu lepas, BN dilihat mempertaruhkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon mereka bagi membawa cabaran untuk merampas kekosongan kerusi tersebut.

Sementara, Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) PKR Pusat, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pula diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kemenangan di kubu kuat mereka.

Lebih menarik, pertembungan di PRK Sungai Kandis turut membabitkan calon Bebas yang juga pesara kerajaan, Murthy Krishnasamy.

Terdahulu, sebelum proses penamaan calon ditutup, seorang calon dari PRM, Ahmad Kamarudin, 42, turut bertindak menarik diri selepas menerima panggilan daripada jawatankuasa tertinggi parti itu yang mengarahkannya untuk memberi laluan kepada pertembungan calon BN dan PKR.

Seperti dijangka, Pas dilihat tidak menurunkan calonnya untuk bertanding pada kali ini memandangkan parti Islam itu pernah menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk bertanding sekiranya BN turut sama meletakkan calon di kerusi berkenaan.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang memaklumkan bahawa parti itu berpegang kepada prinsip di mana hanya pertandingan satu lawan satu bakal memberi peluang terbaik buat pembangkang.
Momentum pengundi berubah

Dengan ketiadaan Pas pada kali ini, pastinya momentum PRK akan berlainan malah pertembungan tiga penjuru juga akan menyaksikan sejauh mana kemampuan calon BN dan Bebas untuk merampas kerusi itu.

Malah, sudah semestinya tumpuan akan teralih kepada penyokong Pas dalam PRK kali ini bagi melihat parti manakah yang menjadi pilihan mereka selepas parti Islam itu tidak meletakkan calon mereka untuk bertanding.

Persoalan yang timbul kini adakah penyokong Pas akan memilih calon dari BN, PH atau pun calon Bebas?

Jika dilihat kepada perhubungan tegang antara Pas dengan parti-parti kompenan PH seperti Amanah serta DAP, sudah semestinya penyokong parti Islam itu lebih cenderung untuk memilih bersama BN dalam PRK Dun Sungai Kandis ini.

Perkara ini turut diakui oleh Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
50 peratus undi Pas kepada BN

Menurut Awang, menerusi jangkaan beliau, sebanyak kira-kira 50 peratus undi daripada penyokong Pas akan memilih BN manakala 35 hingga 40 peratus akan mengundi calon PKR pada kali ini.

“Manakala selebihnya pula saya beranggapan tidak akan undi atau pun melakukan undi protes.

“Perkara ini adalah susulan daripada perhubungan tegang antara Pas dengan parti kompenan PH lain dan sudah semestinya mereka akan memilih BN yang menjadi rakan pembangkang pada masa kini,” katanya.

Di samping itu, Awang turut mengandaikan bahawa PKR tidak mempunyai masalah untuk memperoleh kemenangan lebih besar menerusi undi simpati susulan kejadian yang menimpa bekas penyandang, Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limforma.

Beliau berkata, BN pastinya akan menggunakan isu-isu di peringkat nasional bagi meningkatkan jumlah undi diperolehi mereka pada kali ini untuk bersaing dengan PH.

“Ini merupakan ujian pertama buat BN selepas mengalami kekalahan pada PRU14 lalu.

 “Dan sudah pastinya kali ini mereka akan membangkitkan isu-isu di peringkat nasional untuk meningkatkan peratusan jumlah undi buat mereka,” katanya.

Walaupun undi penyokong Pas dijangka akan beralih ke BN, namun ia tidak dapat dijadikan sebagai indikator bagi kemenangan mereka pada kali ini.

PKR pastinya sudah menyusun strategi tersendiri bagi mempertahankan kememangan mereka dengan memperoleh jumlah peratusan undi yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Malah, kehadiran calon Bebas yang turut bertanding  pada PRK ini akan menyebabkan berlakunya pecah undi dan memberi sedikit kelebihan buat PKR.


MR : Pengundi PAS sukar nak terima orang yang jual agama kepada bukan Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

10 ulasan:

  1. 50% sahaja??? i would expect at least 85%. Dan aku berharap tiada lansung 0% dari pengundi Pas sokong pakatan harbi insyaALLAH

    BalasPadam
  2. Tak kisah la 50% pun. Yg penting, kalau Pakatun menang pun, margin kemenangan mereka pasti merosot. Itu sudah cukup menghantar mesej yg jelas ttg mood rakyat skrg terhadap tindakan2 Pakatun yg merugikan org islam melayu dan janji bible madey sejak 2 bulan lepas.

    BalasPadam
  3. Aku musykil ttg calon bebas ni.. knapa tiba2 prk kecil, ko dtg nk nyibuk.. byk pula duit ko nk brtnding.. mcm ada unsur2 nk pecah undi je..
    Lps pmbangkang ckp nk 1 lwn 1, tiba2 je muncul ini india.. mcm ada tgn blakang yg support utk pecahkan undi nk kurangkan undi india pd bn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hind Raft dah dapat kerusi besar dalam kabinet dapur PH. Do-it dah berkepuk2. Maka layaklah kalau berasakan bakal jadi kingmaker atau mood spoiler.

      Padam
  4. Moga pengundi Pas akan mengundi BN ..walau tak menang biar majoriti berkurang untuk pkr agar ph menerima isyarat rakyat menolak mereka akibat menipufesto ph dan juga layana ph pada agama islam dan kaum melayu islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaallah.. aku pon hrp begitu.. harap2 penyokong pas dpt buang ego parti dgn undi calo bn. Mari bersama2 mnghntr msej pd ph..
      Begitu jg pd pengundi bn,nxt time calon pas moh kita ngundi mreka. Mari bersatu demi islam

      Padam
    2. Pengundi harus ada fikiran politik yang matang. Apa yang kerajaan negeri PH berikan itu adalah datangnya dari mereka, bukan dari PH.

      Lagipun, Tok Guru ada berpesan, kalau kerajaan negeri beri apa2 ambik saja, tapi tang undi beri kepada pembangkang.

      Padam
  5. klu ada lg melayu islam yg undi PH memanglah diorg masih buta hati

    BalasPadam
  6. Inshaallah..saya hrp begitu jua.. harap2 penyokong pas dpt buang ego parti dgn undi calo bn. Mari bersama2 mnghntr msej pd ph..
    Begitu jg pd pengundi bn,nxt time calon pas moh kita ngundi mreka. Mari bersatu demi islam..Tak Melayu Hilang Di Dunia

    BalasPadam