Header Ads

ads header

Flash News

Himpunan bantah iktiraf HAM acuan Barat


BERDASARKAN kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, Kerajaan Persekutuan akan meratifikasi enam perjanjian (treaty) berkaitan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Suku Pertama tahun 2019.

Komitmen untuk melaksanakan hal tersebut juga dikatakan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan.

Setelah PAS memperincikan beberapa maklumat berkaitan enam perjanjian tersebut, banyak perkara yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan akan terancam terutamanya mengenai International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) dan International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR).

Isu-isu kebebasan untuk murtad serta penghapusan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera akan tergadai sekiranya negara meratifikasi perjanjian-perjanjian ini.

Tambahan pula, semua peruntukan perjanjian akan tertakluk kepada kehendak PBB. Negara akan terikat, tunduk dan dikawal oleh kuasa luar secara tidak langsung.

Oleh itu, Jika kerajaan meneruskan hasrat mereka, maka PAS bertekad untuk melancarkan satu bantahan secara besar-besaran dan akan mengadakan Himpunan Bantah Pengiktirafan Hak Asasi Manusia Acuan Barat dalam masa terdekat.

Islam Memimpin

Nasrudin HassanKetua Penerangan PAS Pusat
18 Safar 1440 | 27 Oktober 2018

MR : Bantahan secara besar atau kecil itu bukan isu utama, tapi sejauh mana PAS menyediakan maklumat yang baik yang disebarkan dimedia massa agar rakyat memahaminya itu yang sangat penting....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Setuju dgn MR.Penerangan drp PAS perlu agresif.Sekarang nampak netizen lebih ramai beralih kpd bekas PM Najib. Kenapa mcm tu.

    BalasPadam