Header Ads

ads header

Flash News

Save Ummah serah memo bantah Oktoberfest


KUALA LUMPUR: Sekretariat Save Ummah telah menyerahkan memorandum membantah penganjuran pesta arak Oktoberfest kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Polis Daerah Subang.

Serahan diketuai Timbalan Pengerusi Sekretariat Save Ummah, Ustaz Hanafi Zulkapli yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang dan MPSJ, di sini semalam.

Bantahan itu ekoran iklan yang tular di media sosial mengenai penganjuran majlis tersebut dan bakal dilangsungkan di Sunway di mana ia dilihat akan mengundang lebih banyak budaya negatif dan kerosakan lain.

Menurut Ustaz Hanafi, bantahan itu adalah suara hati penduduk yang mahu pihak Polis dan MPSJ pastikan supaya penganjuran majlis itu tidak berlaku di mana turut menjejaskan imej dan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan.

Hadir sama adalah wakil Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Hamzah Abu Seman dan Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan bersama kira-kira 30 anggota yang lain. - HARAKAHDAILY 1/11/2018

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Perayaan berkaitan agama telah berlangsung sekian-sekian lama tanpa timbulapa2kontoversi.

    Perayaan yang tiada kaitan dengan agama, tapi ada kaitan dengan "the white" kalau ada nilai positif tidak akan ada kontroversi.

    Namun bila budaya the white diimport tetapi disulami/tambah dengan nilai2 negatif, ia tidak harus dipromosikan.

    Anehnya bukan the white tapi wai bee 'banana' pulak yang lebih sudu dari kuah.

    BalasPadam