Header Ads

ads header

Flash News

Saya 'terlebih' isytihar pendapatan RM108,056 sebulan


Menteri Kerja Raya, Baru Bian mendakwa berlaku kesilapan ketika mengisytiharkan pendapatan bulanannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyenaraikan anggota parlimen itu memperoleh pendapatan RM108,056 sebulan.

Ini menyebabkan pendapatan ahli politik dari Sarawak itu disenarai mengatasi Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baru berkata beliau keliru apabila mengisytihar menerima dua elaun iaitu sebagai anggota Parlimen Selangau dan selaku menteri kerja raya.

Padahal katanya beliau hanya menerima elaun bagi jawatan menteri.

"Saya buat perisytiharan baru sekarang. Saya telah terlebih isytihar, saya isytiharkan elaun berganda.

"Saya tak dapat tewaskan Lim Guan Eng. Jumlah sebenar lebih rendah, sekitar RM78,000," katanya kepada Malaysiakini.

Pendapatan bulanan sebanyak RM78,000 meletakkan Baru di tempat kedua di kalangan anggota Parlimen Pakatan Harapan yang memperoleh pendapatan tertinggi.

Beliau berada di belakang Lim yang memperoleh pendapatan RM86,464.92 sebulan.

MR : Buka sikit gaji MP dan menteri. Kalau khianat rakyat juga apa nak kata....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Lis imbuhan

    No 1. Keliru titik perpuluhan dan tak celik harga pasaran.

    No 2. Keliru antara 'dua darjat': darjat dlm dapur atau darjat dlm kabinet dapur.

    Telan!!

    BalasPadam
  2. Jadi hadirkanlah diri membela rakyat di parlimen dan jangan tidak hadir setelah berjaya memerintah dan mentadbir negara. Alllahuakhbar......

    BalasPadam
  3. Kayo kayo menteri alaun puloh ribu rakyat ciput

    BalasPadam