Header Ads

ads header

Flash News

Kalau mahu ungkit, Dr M perlu mohon maaf tragedi Memali


KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mengingatkan Dr Mahathir Mohamad belum memohon maaf atas tragedi Memali 1985 jika perdana menteri mahu mengungkit Amanat Hadi 38 tahun lalu, ketika Umno dan PAS bersiap sedia untuk Himpunan Penyatuan Ummah hujung minggu ini.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata isu PAS melabel Umno parti kafir suatu masa dulu bukan lagi isu di saat kedua-dua parti Melayu dan Islam terbesar itu mahu bersatu menuju pilihan raya umum ke-15 dan tidak perlu ‘dikenang’.

“Ia bukan isu. PAS juga boleh mendesak apa saja dilakukan Mahathir. Sehingga hari ini Mahathir tidak mohon maaf dalam isu Memali,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mengenai tragedi Memali, Asyraf berkata peristiwa yang berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri ke-4 melibatkan kehilangan nyawa.

“Beliau perlu bertanggungjawab,” katanya. “Mahathir boleh mohon maaf secara terbuka.”

Awal hari ini, Mahathir berkata PAS perlu menarik balik kenyataan Umno parti kafir sebelum kedua-dua parti itu memeterai piagam dan memuktamadkan kerjasama mereka Sabtu ini.

Ditanya adakah Umno akan meminta PAS memohon maaf atas Amanat Hadi, Asyraf berkata isu itu sudah lepas dan kedua-dua parti kini mempunyai satu hasrat yang sama sekarang.

“Kami hendak membina negara Malaysia yang asal. Kami perlu hormat antara satu sama lain. Asas yang paling kuat untuk kedua-duanya adalah Melayu dan Islam,” kata beliau.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mahathir oihh...

    Masa PAS labelkan UMNO kafir tu masa zaman hang la jadi PM.
    Hang la sebenarnya punca ayat-ayat tersebut ditulis.
    UMNO tu bukan org yg boleh dilabel, pemimpin UMNO ketika itu yg membuatkan parti tersebut dilabel.

    Sedaq ka dak hanat wei..? Hang la punca segala.
    Dulu..Kini..Selamanya takda org lain dah.




    BalasPadam