Header Ads

ads header

Flash News

Kebodohan Cybertopper PH tentang agamanya sendiri


Amalan menukar dari tempat solat fardu ke tempat yang baru untuk bersolat sunat adalah sabit di dalam sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Terdapat banyak dalil dari hadith-hadith yang diriwayat daripada Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, antaranya:

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُصَلِّ الْإِمَامُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ حَتَّى يَتَحَوَّلَ. رواه أبو داؤد, كتاب الصلاة, باب الإمام يتطوع في مكانه.

Mughirah bin al-Syu’bah Radiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Seseorang imam tidak bersolat(sunat) pada tempat yang dirikannya solat(fardu) sehingga lah dia bertukar(berpindah tempat).” Hadith riwayat Imam Abu Daud.

Hadith di atas ini kelihatan mengkhususkan kepada orang yang menjadi imam solat, namun terdapat hadith yang lain lebih bersifat umum iaitu tidak khusus pada imam solat sahaja malah para makmum dan individu yang bersolat sendirian. Antaranya hadith yang diriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ إِذَا صَلَّى أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ أَوْ عَنْ يَمِينِهِ أَوْ عَنْ شِمَالِهِ يَعْنِي السُّبْحَةَ. رواه ابن ماجه, في باب إقامة الصلاة والسنة فيها, باب ما جاء في صلاة النافلة حيث تصلى المكتوبة

Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bersabda: “Apakah kamu rasa keberatan apabila kamu telah solat(fardu) untuk gerak sedikit di hadapan atau mundur, atau pindah ke bahagian kanan atau ke bahagian kiri?, iaitu dalam solat sunat.” Hadith riwayat Imam Ibnu Majah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : ” إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَتَطَوَّعَ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ فَلْيَتَقَدَّمْ أَوْ لِيَتَأَخَّرْ ، أَوْ عَنْ يَمِينِهِ ، أَوْ عَنْ شِمَالِهِ. رواه البيهقي في السنن الكبرى, كتاب الصلاة, جماع أبواب صفة الصلاة, باب الإمام يتحول عن مكانه إذا أراد أن يتطوع في المسجد.

Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Jika di antara kamu ingin mengerjakan solat sunat selepas solat fardu, maka bergerak lah ke hadapan, atau ke belakang, atau ke kanan, atau ke kiri.” Hadith riwayat Imam al-Baihaqi.

Imam Ibnu Hajar telah menukilkan riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, bahawa Ali bin Abu Talib Radiyallahu ‘anhu berkata:

مِنَ السُّنَّةِ أَنْ لَا يَتَطَوَّعَ الْإِمَامُ حَتَّى يَتَحَوَّلَ مِنْ مَكَانِهِ. رواه ابن أبي شيبة. راجع: فتح الباري

Maksudnya: “Perkara yang termasuk daripada sunnah ialah seseorang imam solat tidak bersolat sunat sehingga lah dia berpindah dari tempatnya(solat fardu).” Fathul Bari, syarah hadith 812.

ADAKAH TEMPAT YANG DIDIRIKAN SOLAT AKAN MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK?

Menurut Imam al-Syaukani di dalam Nail al-Autar:

والعلة في ذلك تكثير مواضع العبادة كما قال البخاري والبغوي لأن مواضع السجود تشهد له كما في قوله تعالى: { يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا } أي تخبر بما عمل عليها

Maksudnya: Dan ‘illah(sebab) mengenai itu(pindah tempat solat) untuk memperbanyakkan tempat-tempat ibadah sepertimana yang dikatakan oleh al-Bukhari dan al-Baghawi, ini kerana tempat-tempat sujud(solat) akan menjadi saksi untuknya. Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala(surah al-Zalzalah, ayat 4, maksudnya), “Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya”, iaitu bumi mengkhabar tentang apa yang dia amalkan ke atasnya(bumi).

Menurut beliau lagi:

وورد في تفسير قوله تعالى: { فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمْ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ } ” إن المؤمن إذا مات بكى عليه مصلاه من الأرض ومصعد عمله من السماء ” وهذه العلة تقتضي أيضا أن ينتقل إلى الفرض من موضع نفله

Maksudnya: dan terdapat di dalam tafsir firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala(surah al-Dukhan, ayat 29, maksudnya) “Mereka itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi”. Sesungguhnya orang mukmin apabila mati, maka dia akan ditangisi oleh tempat solatnya dari bumi dan tempat naik amalannya di langit, dan ini juga adalah sebab(illah) perpindahannya kepada perlaksanaan solat fardu dari tempat solat sunatnya.

Iaitu disyariatkan juga berpindah dari tempat solat sunat untuk melaksanakan solat fardu.

Wallahu A’lam.

FB

Nasir Seligi





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Tak payah layanlah puak bodoh murakab ni,dahlah bodoh, perasan pandai dan benci ulamak pulak... Takde pasal je dia nak hina tghh

    BalasPadam
  2. sanggup lak tangkap gambar... type panjang2... konon nak perburukkan alim ulama,

    tapi rupanya bodoh tak sekolah.

    BalasPadam
  3. masa hidup ni perleceh dan perlekehla ulamak
    mati nanti cari puak DAP urus jenazah.Jangan cari lebai

    BalasPadam
  4. Suruh p ngaji malas. Dah besar jadi orang bodoh susahkan (dgn cara membodohkan) manusia lain.

    BalasPadam
  5. Biasa la tu anak cucu cicit dajal namanya

    BalasPadam
  6. Biasa la tu anak cucu cicit dajal namanya

    BalasPadam