Header Ads

ads header

Flash News

Kes Kampung Baru Selesai Jika Kerajaan Bayar Harga Pasaran


KUALA LUMPUR – UMNO mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak mempolitikkan isu Kampung Baru.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kes itu akan selesai sekiranya kerajaan membayar mengikut harga pasaran bukan harga yang disifatkan menindas penduduk serta pewarisnya.

“Tak payah nak politik Kampung Baru. Bayar ikut harga pasaran, selesai,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad yang harga yang ditawarkan kerajaan PH iaitu RM850 kaki persegi bagi tanah Kampung Baru lebih baik dari yang ditawarkan pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, Khalid perlu tahu jumlah yang ditawarkan BN ketika itu tahun berapa dan sekarang sudah masuk tahun ke berapa.

“Isunya berapa peratuskan harga ditawarkan berbanding harga tanah bersebelahan (sekitar KLCC)? Kurang daripada itu, kita faham tapi takkan 30 peratus sahaja dari harga tanah KLCC yang menjangkau RM3,000 kali persegi,” katanya.

Mengenai dakwaan Khalid yang BN kini tidak lagi menjadi kerajaan sebab itu boleh menawarkan berapa sahaja harga, Annuar membalas balik dengan pertanyaan, berapa ukuran kepadatan yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendak diberikan nanti.

Begitu juga katanya, berapa plot nisbah dan apa jenis penggunaan tanahnya.

“Beli dengan 25 peratus harga pasaran, selepas itu beri ukuran kepadatan dan plot nisbah yang tinggi. Jual balik pula pada harga pasaran. Bijakkan,” katanya sinis.

Berhubung kenyataan Khalid untuk tidak menghalang jika ada dalam kalangan pemimpin UMNO mahu membeli tanah Kampung Baru dengan harga RM3,000 kaki persegi, Annuar menjelaskan, undang-undang memberi hak kepada pemilik mendapat harga pasaran dan kampung itu adalah kawasan yang sudah dibangunkan.

“Harga RM850 kaki persegi bukan nilainya tanah di Kampung Baru. Semua prasarana sudah tersedia, kenapa kerajaan PH masih hendak diskriminasi? Yang beli tanah itu bukan pihak swasta tetapi kerajaan.”

Beliau seterusnya mengumpamakan Khalid seperti ‘berkokok sebelum bertelur’ dan berkata, pemilik Kampung Baru sepatutnya menentukan sama ada mereka bersetuju atau sebaliknya.

“Pemilik bukan desperado atau lahap,” ujar beliau. – MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. kubur cina besar kat tengah2 KL tu tkda yang nak rebut ka..?
    sebukit oiiii... bukan sekangkang kera macam kampong baru.

    pindahkan je la kubur tu semua kat tempat lain.... bnyk projek perumahan untuk warga asing boleh dibuat kat situ.. Geng DAP pun tak susah hati dh ,boleh tempatkan lambakkan warga china yg masuk KL masa kLIA shutdown aritu..

    BalasPadam