Header Ads

ads header

Flash News

Kesan Penyatuan Ummah


HIMPUNAN Penyatuan Ummah (HPU) yang berlangsung dua minggu lalu jelas memberi kesan yang mendalam kepada Pakatan Harapan (PH). HPU yang menawarkan Piagam Muafakat Nasional bukanlah sesuatu yang baharu dan luar biasa dalam landskap politik tanah air.

Lima fasal dalam Piagam Muafakat Nasional ialah pertamanya, menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan Negara; Islam sebagai agama Persekutuan; kedaulatan Raja-Raja Melayu; kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain; Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara.

Kedua, memperkukuh Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

Ketiga, memperkasa agenda Islam, Melayu dan bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

Keempat, membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

Kelima, mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baharu untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Lima perkara itu bukanlah perkara baharu. Namun hakikat Pas dan UMNO mengakui kewajipan mereka untuk mempertahankan keluhuran Perlembagaan telah menolak naratif DAP bahawa HPU adalah satu tindakan politik rasis Melayu Islam yang bersifat taliban.

Para strategis PH begitu gelabah dengan konsep penyatuan ummah Pas-UMNO, BN dan NGO-NGO Islam. Antara yang terkehadapan menentang dalam isu ini ialah Datuk A Kadir Jasin dan Rafizi Ramli.

Adalah biasa untuk satu pihak melemahkan pihak lawannya. PH sudah tentu mahu melemahkan parti pembangkang. Namun cara para strategi media PH menyambut isu HPU itu sangat dangkal dan tampak menggelabah.

Misalnya, Rafizi bertanya siapa suami dan siapa isteri antara Pas dan UMNO. Ini tentulah bukan standard Rafizi yang kita kenali. Mengapa beliau begitu menggelabah sehingga perlu membuat komentar yang kebudak-budakkan?

Rafizi tidak keseorangan. Khalid Samad pula mencemuh HPU sebagai orang yang telah lama bersekedudukan baru mendapat surat nikah. Bagi saya, hanya iblis tidak suka orang Islam bersatu.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada dua tema propaganda PH menentang HPU yang walaupun tampak gelabah namun ada asas untuk dinilai.

Pertamanya, HPU berbahaya kepada perpaduan kaum dan hubungan antara agama. Namun tema ini sudah nyawa-nyawa ikan kerana kehadiran di HPU bukan sekadar UMNO dan Pas tetapi melampaui batas kaum dan agama.

MCA dan MIC turut hadir dalam HPU serta menyambut baik Piagam Muafakat Nasional yang secara terbuka mengakui identiti kepelbagaian agama dan kaum negara ini tanpa menjejaskan kepentingan pribumi dan Islam.

Bersatu

Jika penyatuan ummah sesuatu yang berbahaya kepada negara, mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sejak setahun lalu telah beberapa kali menyeru orang Islam bersatu? Pada 5 Julai lalu, Dr Mahathir sekali lagi mempelawa semua orang Melayu menyertai Bersatu dalam usaha menyatukan orang Melayu.

Ketika Dr Mahathir terang-terangan menyeru penyatuan Melayu yang bersifat rasis tidak ditentang, mengapa penyatuan ummah UMNO dan Pas yang bersifat menyeluruh harus dianggap sebagai berbahaya kepada perpaduan kaum dan agama?

Kedua ialah serangan Kadir bahawa HPU ialah alat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelamatkan diri daripada kes Mahkamah.

Secara logiknya kita tidak nampak bagaimana kedua-dua mereka boleh menggunakan penyatuan ummah untuk menyelamatkan diri. Ini kerana mahkamah tidak mengambil kira populariti di luar untuk membuat keputusan.

Para propagandis PH seperti Kadir berpura-pura tidak faham bahawa HPU adalah alat orang Islam menentang hegemoni DAP dalam pentadbiran negara. Majoriti umat Islam di negara ini sudah melihat kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan DAP ini ke atas identiti negara dan juga ekonomi negara.

Justeru, HPU mengemukakan PMN sebagai satu rangka kerja untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa bagi menyelamatkan identiti negara ini seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Negara.

Pilihan di tangan Dr Mahathir sama ada beliau sendiri menyertai gerakan ini dan menumbangkan DAP atau beliau sendiri akan turut tumbang bersama DAP.

Abd Jalil Backer
Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. tak payah la jemput madet tu join Penyatuan ummah.
    menyemak ja.

    dari dulu dia ni BAPAK PERPECAHAN UMMAH.
    dari dulu dia ni VIRUS PEROSAK

    Biarkan dia terjun dengan labu-labunya... biarkan...

    BalasPadam