Header Ads

ads header

Flash News

Isu Sugarbook: Ke Mana Perginya Suara Menteri?


Sugarbook adalah syarikat yang bertapak di Malaysia dan diasaskan oleh rakyat Malaysia dengan rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar aplikasi ini.

Tetapi bila isu ini heboh, tidak seorang pun pemimpin-pemimpin kerajaan dan pertubuhan wanita yang bersuara ke atasnya.

Ke mana perginya suara Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Tidakkah beliau merasa bertanggungjawab melindungi wanita-wanita muda kita dari terjebak ke dalam kancah kemaksiatan dengan menjadi ‘sugar babies’ untuk mencari wang mudah.

Ke mana perginya suara Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Teo Nie Ching. Tidakkah mereka merasa bertanggungjawab melindungi pelajar-pelajar wanita di universiti-universiti tempatan yang dijadikan sasaran utama untuk menjadi sugar babies dengan diberikan keistimewaan tertentu oleh syarikat Sugarbook ini.

Ke mana perginya suara Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefli Ahmad dan Dr. Lee Boon Chye. Tidakkah mereka merasa bertanggungjawab melindungi wanita-wanita muda ini dari ancaman kesihatan melalui jangkitan penyakit kelamin (STD) dan masalah psikiatri yang menimpa mereka ekoran menjadi sugar babies ini.

Ke mana perginya suara Menteri dan Timbalan Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Fuziah Salleh. Tidakkah mereka merasa bertanggungjawab memastikan amalan yang bercanggah dengan dasar Islam Rahmatan lil ‘Alamin selaku dasar pentadbiran negara ditamatkan ataukah mereka setuju dengannya atas dasar kebebasan.

Ke mana pula hilangnya suara pertubuhan-pertubuhan wanita seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Sisters in Islam (SIS) mahupun pejuang wanita seperti Siti Zabedah Kassim dan Datin Paduka Dr Marina Mahathir.


Dr Kamarul Yusoff




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Rokok tidak boleh d tempat awam
    Arak boleh diminum di tempat awam

    BalasPadam
  2. Malaysia baru semua halal..wlupun haram

    BalasPadam
  3. Entah lah apa yang dibuat oleh menteri agama ni? Tak nampak lagi apa2 deliverables?

    Nak kata pi kempen jangan minum arak ditempat awam pun tak juga, nak kata nak institutionalize nilai2 Islam kepada rakyat pun tak juga? Nak kata pi benteras pelacuran yang bertambah macam cendawan pun tak juga? Nak kata hadir pi bentang apa2 kertas dalam KL Summit pun tak juga? Nak kata pi standardize hukum2 Islam syariah disemua negeri2 pun entah kemana?

    Apa kerja dia kita pun kita tak tau?

    BalasPadam
  4. Mana perginya semua menteri2 Hancing bilamana ada pihak yang MEMPROMOSI PELACURAN SECARA TERBUKA & BESAR2AN disebuah negara Islam?

    Dah teruk dah ni?

    Ini betul2 LAKNAT diturunkan Allah SWT?

    BalasPadam