Terbeli majalah GILA-GILA
Aku ni perminat gila-gila sejak 1978 yang tiru majalah luar negara MAD. Lepas tu bila banyak majalah lawak seperti UJANG, APO, LANUN, LUBUK dll aku pun tak menjadi pembaca yang istiqamah.
Semalam pergi kedai buku dan beli satu buku nasihat agama untuk anak aku tingkatan 4, nak berikan motivasi agama bagaimana nak mengurus diri di tempat baharu. Aku terlihat majalah Gila-Gila. Teringat Ujang. Bukan minat sangat tapi tahu cerita 'pergaduhan artis' dan poltik artis pelukis.
Aku kesian orang yang tak tahu cerita sebenar yang kadang kala kita menyebar dan simpati kepada sesuatu yang tak benar.
Cerita 15, 20 ++ tahun lalu tentang perebutan hak milik mengimbau aku. Tapi petikan tulisan salah seorang daripada kartunis boleh mencerahkan jalan cerita sebelum kita membuat keputusan nak sokong siapa?
TAUKAH ANDA….
Berikut adalah kisah ” UJANG “yang aku dan sesetengah orang tertentu saja yang tahu.
1 – Tahukah anda nama samaran kartunis Ujang semasa beliau mula – mula berkarya di majalah Gila – Gila adalah Ayem? Kemudian Jaafar Taib yang menukarkan nama beliau ke ” UJANG”
2 – Tahukah anda watak Din beramboi sememangnya di lukis oleh ” UJANG ” dan pertama kali di siarkan di majalah Gila – Gila. Menurut syarat penerbitan watak Din Beramboi tersebut adalah kepunyaan dan hak Creative Enterprise yang menerbitkan majalah Gila – Gila.
3 – Tahukah anda ” UJANG ” telah membawa watak Din Beramboi keluar dari Gila – Gila dan mencari penerbit baru dan kemudian beliau telah berjumpa dengan Encik Lam dan Encik Othman yang kemudiannya menubuhkan syarikat Kharisma Publications Sdn Bhd di mana mereka telah menjadi Pengarah Urusan dan ” UJANG ” sebagai Pengarah Penerbitan
4 – Tahukah anda yang encik Lam dan encik Othman langsung tidak tahu hal penerbitan majalah dan mengiyakan sahaja apa yang di perkatakan oleh ” UJANG ” dan di atas persetujuan bersama maka terbitlah Majalah yang meggunakan tajuk Majalah Lawak Antarabangsa UJANG dan di daftarkan di atas nama Kharisma Publications Sdn Bhd dan bukan atas nama ” UJANG ” atau nama Encik Othman.
5 – Tahukah anda yang ” UJANG ” telah di beri kuasa penuh untuk menjalankan penerbitan majalah Ujang tanpa campur tangan dari pihak Pengarah Urusan atas dasar kepercayaan dan di bayar gaji sangat lumayan dan komisen selagi bersama dengan syarikat dan di persetujui.
6 – Tahukah anda watak Din Beramboi yang di lukis ” UJANG ” dan di siarkan dalam Majalah ujang selepas Majalah Gila – Gila dan tanpa pegetahuan pihak syarikat Kharisma Publications sebenarnya telah di ciplak oleh ” UJANG ” setelah ” UJANG ” mendengar demo tape yang di buat oleh Allahyarham Din Beramboi.
7 – Tahukah anda setelah di bawa kemahkamah Allahyarham Din Beramboi telah memenangi kes hak cipta Din Beramboi tersebut dan segala kos mahkamah telah di tanggung oleh Kharisma Publication iaitu encik Lam dan encik Othman dan bukan ” UJANG “
8 – Tahukah anda setelah kes tersebut di menangi oleh Allahyarham Din Beramboi maka tiada lagi watak Din Beramboi dalam Majalah Ujang dan di ganti dengan watak Pakcik Din
9 – Tahukah anda dalam tahun 1996 ” UJANG ” telah membawa keluar semua kartunis,pereka grafik, penulis dan staff keluar dari Kharisma Publications tanpa pengetahuan syarikat dan menerbitkan majalah ” LANUN “
10 – Tahukah anda dengan keluarnya ” UJANG ” bersama semua staff yang beliau bawa keluar dari Kharisma Publications maka majalah Ujang telah terhenti penerbitannya selama beberapa bulan pada isu 74.
11 – Tahukah anda semasa keluar dari Kharisma Publications ” UJANG ” juga telah membawa semua kartun, artikel dan artwork yang telah di bayar oleh Kharisma publications kepada kartunis dan penulis ke syarikat barunya Triple Vision untuk di terbitkan dalam majalah LANUN. Nilai dalam RM kartun, artwork dan artikel yang di bawa keluar oleh beliau mencecah puluhan ribu ringgit
12 – Tahukah anda untuk menerbitkan majalah LANUN ” UJANG ” telah mengubah semua kartun dan artwork yang di bawa dari Kharisma Publications dengan menggunakan liquid paper supaya karektor yang tersiar nanti tiada persamaan dengan karektor dalam majalah Ujang bagi megelak di saman.
13 – Tahukah anda dengan keluarnya ” UJANG ” dari Kharisma Publications encik Lam dan encik Othman terpaksa menanggung hutang dengan Utusan Printing yang bertanggung jawab mencetak majalah Ujang sebanyak RM2.8 juta
14 – Tahukah anda yang ” UJANG ” juga telah berjaya mempengaruhi ejen – ejen yang mengedar majalah Ujang supaya menjadi pengedar majalah LANUN dan melupakan majalah Ujang dan ejen juga yang menaggung kos penerbitan majalah LANUN.
15 – Tahukah anda ” UJANG” yang minat memancing telah membuka kolam memancing ikan air tawar di Semenyih bersama rakan kongsi. Kolam yang pada mulanya ramai pengunjung dan bermacam aktiviti riadah keluarga boleh di adakan di situ akhirnya terpaksa di tutup kerana masalah kewangan dan krisis dengan rakan kongsi.
16 – Tahukah anda ” UJANG ” juga telah membina sebuah “boathouse” di Tasik Kenyir dan di uruskan kenalan baiknya. Kos bina boathouse tersebut mencecah hampir RM100 ribu dan akhirnya terpaksa di jual kerana rasa tidak percaya beliau kepada kenalannya menguruskan boat tersebut
17 – Tahukah anda terbitnya majalah LANUN juga membawa perubahan besar kepada ” UJANG ” di mana selain dari dirinya beliau juga cuba mengubah gaya hidup kartunis dan juga persembahan dalam majalahnya iaitu berdakwah. Ada juga kartunis yang tidak bersetuju dengan caranya kerana ” UJANG ” pernah beri amaran kepada sesiapa yang nak buat harta semasa berkerja dengan beliau akan di berhentikan.
18 – Tahukah anda setelah balik dari mendengar ceramah agama dari utara ” UJANG ” telah mengharamkan semua staff dan kartunis yang merokok supaya berhenti merokok. Beliau telah mengarahkan sekretarinya supaya membeli semua rokok yang ada di kedai berhampiran dan menyuruh semua staff dan kartunisnya merokok puas – puas sebelum berhenti.
19 – Tahukah anda tak sampai seminggu ” UJANG ” mengharam semua staff dan kartunis berhenti merokok, beliau di lihat telah merokok semula. Bila di tanya mengapa beliau merokok balik dengan selamba beliau jawab ” siapa suruh berhenti merokok?”
20 – Tahukah anda ramai kartunis mula tidak tahan dengan sikap ” UJANG ” bila kebajikan mereka mula di abaikan dengan tidak membayar gaji bebulan-bulan lamanya. Maka pada suatu hari semasa balik dari memancing ” UJANG ” merasa amat terkejut bila mendapati hampir semua kartunisnya telah berhenti secara beramai – ramai dan balik pada Kharisma Publications.
Ini sajalah sumbangan orang lama tentang issue ni buat masa sekarang. Masih banyak lagi sejarah dalam ingatan yang ingin berlumba keluar. Sangatlah berdosa memburukkan orang tetapi bila seseorang mempergunakan keadaan untuk meraih simpati dan populariti dengan memperbodohkan orang ramai untuk kepentingan diri.
Perlulah seseorang yang pernah berada di bawah kedua-dua pihak untuk menceritakan dari sudut pandangan yang lain atau kisah yang sebenar. Saya turut simpati dengan peminat-peminat beliau. Terpulang kepada mereka untuk membuat penilaian masing-masing.
Tiada orang yang berbuat salah mengaku dirinya bersalah. Pabila ditanya, orang itu tidak akan menceritakan kesalahan dia tetapi akan menutup kesalahan dengan menceritakan pekara yang baik saja. Bila sudah bertahun menceritakan benda yang sama, akan terlupa kesalahan silam.
Satu lagi pekara yang buat aku pelik dan tertanya-tanya, kenapa pihak MOY mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan atau menerangkan issue ni? Walaupon sering di kutuk dan menggugat rezeki kartunis-kartunis yang masih berada di situ. Bukankah dengan cubaan melingkupkan MOY akan menjejaskan sebahagian besar sumbangan kartun tempatan ke tanah air ini? Dan menjejaskan imej dan industri kartun tempatan hanya kerana kepentingan peribadi?
Hmm… mungkin MOY tidak mahu mendedahkan keburukan seseorang atau tidak mahu dengan keburukan itu seseorang tidak dapat mencari rezeki untuk keluarganya. Pikir-pikirkan lah.
Semua issue yang terjadi mempunyai cerita dari dua belah pihak. Kita sebagai manusia yang berfikiran haruslah mendengar kedua-dua belah pihak dan baru la membuat keputusan. Jangan menyokong di dalam gelap dan tanpa fakta yang kukuh. Pabila sesetengah pihak mendiamkan diri bukanlah pihak itu takut atau bersalah, tetapi munggkin hanya kerana berperasaan simpati kepada masa depan dan keluarga orang yang bersuara itu.
Kalau mu tanya aku, aku sokong siapa? Aku akan jawab "bodoh" kalau aku sokong mana-mana pihak. Habis kenapa aku tulis "surat pembaca ini?"
Saja nak beri info kepada yang gatal kutuk mana-mana pihak dalam perebutan ini sedangkan yang engkau kutuk engkau tak tahu jalan ceritanya?
Macam tu dalam politik, ada yang kutuk Anwar ada kutuk Najib tak kurang yang kutuk Mahathir tapi bodoh dan bangang tentang isu sebenar.
AKU BUKAN UJANG
MR : Nasib baik kami tak GILA
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan