Header Ads

ads header

Flash News

Perginya Pewaris Madrasah Ad Diniah Al Latifiah


PENGKALAN HULU, 29/09/2020, 11.00am - Sejurus mendapat makluman kepulangan Tuan guru Ustaz Haji Mat Dali ke rahmatullah, YB tuan Hj Razman Zakaria segera menuju ke masjid Kampung Kuak Hulu untuk bersama-sama mendirikan solat jenazah ke atas almarhum.

Sebaik tiba YB disambut jemaah yang berada disana. Alhamdulillah, YB sempat menunaikan solat jenazah bersama jemaah pada giliran kedua kerana kehadiran yang agak ramai.

Allahyarham Tuan Guru Hj. Mad Dali merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Beliau merupakan antara murid terawal Tuan Guru Hj. Abdul Latiff atau lebih dikenali Pak Teh Kroh.
Pakteh Kroh membina pondok tersebut yang diberi nama Madrasah ad Diniah al Latifiah sejak 1967 dan diwarisi oleh Tg. Hj. Mad Dali sejak pemergian beliau.


Pada tahun 1995 beliau pernah bertanding pilihanraya DUN Pengkalan Hulu sebagai calon PAS yang mana ketika itu baru sahaja wujud setelah persempadanan semula.

Selain itu beliau juga pernah diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan Gerik.

Takziah buat keluarga beliau atas pemergian. Semoga ilmunya dapat diteruskan oleh para muridnya. turut hadir Timbalan Mufti negeri Perak Ustaz Zamri Hashim.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه، اللهم لا تحرمنا اجره ولا تفتنا بعده واغفر لنا وله ،اللهم تقبل حسناته وارفع درجاته عندك وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوْبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنْقَى الثَّوْبُ الاَبْيَض مِنَ الدَّنَسِ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَاجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ


MR :    Semoga Allah berkati roh beliau


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan